KOLAM renang antara kemudahan ditawarkan.
KOLAM renang antara kemudahan ditawarkan.
Nurul Husna Mahmud

Satu percaturan berani buat kakitangan sebuah syarikat pemaju tempatan Mohammad Akmal Azhar, 29, apabila membeli kediaman pertama jenis bertingkat yang bertaraf tinggi di Lembah Klang.

Katanya keputusan itu dibuat berdasarkan prospek hartanah itu dijangka meningkat berikutan kedudukan berhampiran dengan stesen baharu Transit Aliran Massa (MRT) Damansara Damai.

Dalam pada itu, inisiatif dilakukan pemaju menyebabkan projek berkenaan mendapat perhatian apabila memberi kemudahan kepada pembeli terutama golongan muda dengan insentif tanpa deposit.

"Saya membeli kediaman jenis pangsapuri perkhidmatan (serviced apartment) kerana tertarik dengan tawaran sifar deposit ditawarkan pemaju.

"Kalau nilai dari segi keperluan untuk memiliki hartanah sebenarnya tidaklah mendesak, tetapi saya kebetulan ketika itu hanya mahu melihat unit ditawarkan pemaju berkenaan, mula tertarik apabila dimaklumkan tiada wang deposit dikenakan kepada pembeli.

"Itu suatu yang menarik sebab saya tidak memiliki wang simpanan mencukupi kerana baharu bekerja tidak sampai tiga tahun. Apabila saya rujuk dengan rakan sekerja, mereka beri galakan kerana jarang ada tawaran sedemikian apatah lagi bagi kediaman di Lembah Klang," katanya yang hanya membayar RM1,000 bagi tempahan unit.

RUANG utama menempatkan pintu masuk dengan kabinet dapur sudah disediakan pemaju.
RUANG utama menempatkan pintu masuk dengan kabinet dapur sudah disediakan pemaju.

Dia yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang itu, berkata pemaju turut menawarkan pakej 'Developer Interest Reimbursement (DIRS)' selain percuma pakej perabot iaitu kabinet dapur yang memberi penjimatan kepada pemilik.

"Dalam promosi pemaju juga terdapat skim khas dinamakan DIRS yang mana pemaju memberi pulangan rebat dalam bentuk tunai membantu meringankan komitmen bulanan selain melangsaikan caj guaman dan duti setem yang patut dijelaskan sebelum kediaman boleh diduduki.

RUANG dalam selesa.
RUANG dalam selesa.

"Tidak lupa, kediaman itu berukuran 750 kaki persegi, turut didatangkan dengan kemudahan lain seperti fasiliti kolam renang, gimnasium dan pusat komuniti turut mempunyai yuran penyelenggaraan iaitu kira-kira RM400 setiap bulan perlu dilangsaikan," katanya.

Meskipun komitmen tinggi setiap bulan, Mohammad Akmal melihat pelaburan itu berbaloi apabila rata-rata kadar sewaan kediaman atau unit rumah lain di kawasan itu hampir mencecah jumlah setara dengan ansuran bulanan.

PUSAT rekreasi buat penghuni.
PUSAT rekreasi buat penghuni.

"Rumah itu terletak di kawasan strategik termasuk berhampiran akses lebuh raya dan tidak jauh dari pusat bandar. Antara lain sekolah, hospital dan memiliki laluan kemudahan bas dan MRT membuatkan saya tertarik menjadikannya sebagai hartanah pertama.

"Ketika ini saya tidak terbeban kerana kediaman itu susah mempunyai penyewa," katanya yang turut menerima pembiayaan Skim MyDeposit iaitu insentif sebanyak RM30,000.

Menjelaskan cabaran dalam memiliki kediaman itu, Mohammad Akmal berkata, proses rumit hanyalah pada peringkat awal iaitu mencari bank sesuai yang menawarkan pinjaman perumahan.

"Sejak rumah ini dibeli pada penghujung 2017, urusan berjalan lancar sehinggalah proses serahan unit," katanya.

MOHAMMAD Akmal (kanan) membeli kediaman bertingkat berdasarkan prospek hartanah itu.
MOHAMMAD Akmal (kanan) membeli kediaman bertingkat berdasarkan prospek hartanah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2020 @ 6:30 AM