DALAM tempoh monutarium orang ramai dinasihatkan lebih peka untuk menguruskan perbelanjaan (gambar hiasan).
DALAM tempoh monutarium orang ramai dinasihatkan lebih peka untuk menguruskan perbelanjaan (gambar hiasan).
Hafiz Ithnin

INDUSTRI hartanah sejak berlakunya penularan pandemik Covid-19 nampaknya semakin mencabar. Buktinya, ramai pemain industri terpaksa menawarkan harga jualan kediaman di bawah harga sebenar bagi membolehkan mereka mencairkan segera projek sedia ada. Jika tidak, berlaku lambakan rumah di pasaran.

Dalam kalangan rakan penulis yang menjadi pemerhati industri hartanah melihat pandemik ini seakan-akan memberi tamparan hebat kepada sesetengah pemain industri yang mungkin sebelum ini ghairah menawarkan harga terlalu premium di pasaran sehinggakan ada yang tidak masuk akal.

Jawapan yang sering kali didengar kerana kenaikan kos tanah, terdapatnya kemudahan awam dan ciri-ciri premium ditawarkan pemaju sehinggakan wujud istilah rumah mampu tengok sahaja.

Mungkin sebelum ini, kediaman bernada premium itu ditawarkan kepada golongan pelabur yang sudah semestinya memiliki beberapa kediaman sama ada untuk dijual kembali atau disewakan kepada orang ramai.

Namun, dalam keadaan penularan pandemik ini terutama selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terlalu banyak industri lain yang terkesan khususnya sektor pelancongan yang diketahui umum mempunyai subsektor begitu luas.

Penganalisis hartanah, Datuk Nazri Mustafa menjangkakan dalam suku pertama 2021 berlakunya lambakan kediaman terutama dalam segmen lelong memandangkan isu pembuangan kerja adalah perkara yang menjadi perbualan hangat ketika ini.

MENJUAL kediaman menjadi pilihan daripada dilelong pihak bank kerana lebih menguntungkan (gambar hiasan).
MENJUAL kediaman menjadi pilihan daripada dilelong pihak bank kerana lebih menguntungkan (gambar hiasan).

Beliau berkata, golongan yang diberhentikan kerja ingin mendapatkan aliran tunai segera perlu mencairkan aset mereka secepat mungkin bagi mengelakkan tindakan kediaman dilelong.

"Dalam keadaan ini kita boleh lihat orang yang sudah mempunyai kediaman dan dibuang kerja terpaksa membayar semula pembiayaan kepada pihak bank selepas tamatnya tempoh moratorium.

"Namun, dalam keadaan sekarang ini juga mencari kerja bukan sesuatu yang mudah kerana banyak usahawan perlu membina semula perniagaan dan pengecilan operasi terpaksa dilakukan. Ia bermakna, pilihan pemilik adalah menjual kediaman sebelum dilelong," katanya.

Penjualan kediaman sekunder di bawah harga pasaran juga sudah boleh dilihat ketika ini kerana pemilik tidak mahu berdepan dengan tindakan lelongan memandangkan mereka perlu membayar kos lebih tinggi sekiranya tindakan itu diambil pihak bank.

Katanya, perkara yang boleh dilakukan adalah orang ramai perlu lebih berhati-hati berbelanja dalam tempoh moratorium kerana ia membantu pemilik kediaman untuk mempunyai aliran tunai yang baik.

"Selain itu, bagi mereka yang ingin membeli kediaman baharu terutama rumah pertama juga perlu meneliti kewangan bagi mengelakkan timbulnya masalah pembayaran semula kepada pihak bank.

"Ketika ini, kita boleh lihat banyak pemaju kediaman menawarkan produk hartanah dengan pakej tanpa pendahuluan yang sebenarnya mengakibatkan wujudnya komitmen bayaran bulan yang tinggi," katanya.

KEDIAMAN sekunder dijangka menjadi lambakan pada suku pertama 2021 kerana isu pembuangan kerja yang berlaku. (gambar hiasan).
KEDIAMAN sekunder dijangka menjadi lambakan pada suku pertama 2021 kerana isu pembuangan kerja yang berlaku. (gambar hiasan).

Penganalisis itu juga menasihatkan sebaik-baiknya gunakan platform bantuan kerajaan sedia ada kepada pembeli rumah antaranya membayar deposit menerusi akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bagaimanapun, bagi mereka yang dapat mengeluarkan wang itu jangan menjadi individu yang 'gelap mata' apabila ditawarkan pembelian tanpa deposit dan dalam masa sama boleh mengeluarkan simpanan itu untuk berbelanja hal tidak sepatutnya.

"Situasi ini sebenarnya boleh merugikan pembeli itu sendiri kerana pertamanya wang simpanan selepas persaraan dipersiakan begitu sahaja dan kedua, pada masa depan mereka perlu membayar ansuran bulanan yang tinggi.

"Dalam keadaan peluang pekerjaan sukar dijangka, kita perlu bijak menguruskan kewangan dan menggunakan kemudahan disediakan kerajaan untuk pembelian rumah. Bagaimanapun, selidik dan teliti kewangan peribadi lebih mustahak," katanya.

BAKAL pembeli perlu menggunakan wang simpanan di dalam KWSP sebaik mungkin bagi pembayaran deposit pembelian rumah (gambar hiasan).
BAKAL pembeli perlu menggunakan wang simpanan di dalam KWSP sebaik mungkin bagi pembayaran deposit pembelian rumah (gambar hiasan).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2020 @ 7:00 AM