PROJEK Rimbun Impian daripada IJM Land.
PROJEK Rimbun Impian daripada IJM Land.
hmdigital

MEMILIKI kehidupan seimbang dengan gaya hidup moden pasti menjadi impian setiap individu.

Bagi memenuhi keperluan berkenaan, IJM Land memperkenalkan projek perumahan baharunya, Rimbun Impian di Seremban 2 Heights yang menjanjikan keseimbangan kualiti hidup dan gaya hidup moden dengan teknologi pintar.

Berkeluasan 16.83 hektar, saiz dan kawasan lapang menjadikan Rimbun Impian sebagai kawasan perumahan ideal untuk keluarga yang mengimpikan gaya hidup selesa.

Terdiri daripada rumah ‘upsized’ dengan persekitaran yang luas, ia juga merangkumi lebih 2.02 hektar kawasan hijau dengan beberapa kemudahan di sekelilingnya yang menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk.

Untuk kediaman jenis A, pemilik dapat membuat pilihan antara keluasan tanah 22 x 78 (1,716 kaki per segi) atau keluasan tanah 22 x 75 (1,650 kaki per segi).

Walaupun berbeza daripada segi saiz, semua kediaman jenis A mempunyai empat bilik tidur dan bilik mandi, bilik tidur utama dengan balkoni, ruang tamu, laman yang boleh dimuatkan dengan dua buah kereta dan siling dengan ketinggian 10 kaki yang menjanjikan kepuasan buat seisi keluarga.

Kediaman jenis B pula mempunyai keluasan tanah 24 x 75 (1,800 kaki persegi) dengan tapak premis yang bermula dari 2,820 kaki persegi.

Fasa kedua projek ini akan dilancarkan dengan harga dari hanya RM600,578 di mana fasa pertama menawarkan 201 unit kediaman membabitkan 80 unit jenis A dan 121 unit jenis B.

Fasa kedua pula menawarkan sebanyak 144 unit kediaman membabitkan 80 unit (22 x 78) dan enam unit (22 x 75) jenis A serta 58 unit jenis B.

Ciri dalaman paling menyerlah adalah Sistem Rumah Pintar yang menyeragamkan alat kawalan jauh lampu, pendingin udara dan sensor pintu untuk memudahkan kehidupan penduduk sekeluarga.

Selain itu, setiap unit dipasang dengan kunci pintu digital yang membolehkan akses masuk dan keluar dengan hanya menggunakan kad, kunci atau nombor kekunci.

Penduduk juga boleh berjalan kaki ke kawasan ‘Central Park’ untuk menghirup udara segar atau berehat di ‘gazebo’ serta ‘pavilion’ manakala kanak-kanak dapat berseronok di taman permainan.

Peminat sukan boleh bermain di gelanggang bola keranjang, badminton dan bola tampar serta menggunakan kemudahan gimnasium luar dan trek jogging yang berdekatan dengan kediaman mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 9:21 AM