RUMAH teres setingkat, Northfield di Yarra Park, Sungai Petani, Kedah.
RUMAH teres setingkat, Northfield di Yarra Park, Sungai Petani, Kedah.

KEDAMAIAN di sebalik kehijauan pasti menjanjikan kehidupan yang tenang dan damai sebagaimana boleh didapati di Yarra Park di Sungai Petani, Kedah.

Perbandaran berteraskan taman ini adalah lokasi yang harus berada dalam senarai idaman mereka yang berhasrat mencari kediaman apatah lagi dengan hanya bayaran muka RM55, anda boleh memiliki kediaman yang diimpikan.

Perbandaran seluas 450 ekar yang dibangunkan oleh OSK Property, pemaju yang pernah merangkul beberapa anugerah ini dibangunkan dengan terperinci, menggabungkan bentuk dan fungsi yang memudahkan penduduk serta memiliki lapan presint serba hijau merangkumi kediaman dan komersial.

Direka bagi mencipta persekitaran eksklusif dan selamat untuk keluarga, pembangunan ini menampilkan landskap luas bagi kegiatan istirahat dan santai buat penghuninya.

Yarra Park ialah kediaman ideal yang terletak jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan bandar, tetapi berhampiran dengan pelbagai kemudahan gaya hidup moden dan akses buat penghuninya.

Ia hanya mengambil masa 10 minit ke Lebuhraya Utara-Selatan dan 15 minit ke bandar Sungai Petani.

Selain itu, perbandaran itu dilengkapi infrastruktur unifi dan terletak berhampiran pasar raya besar dan pelbagai kemudahan seperti sekolah, pengangkutan, hospitaliti dan taman rekeasi yang terbesar di Sungai Petani seluas 30 ekar.

Ketua Cawangan OSK Property Sungai Petani, Ir Paul Tan berkata, Yarra Park menerima maklum balas positif sejak pelancaran fasa pertamanya iaitu banglo dua tingkat, Fairfield Villas yang habis dijual.

Katanya, jualan bagi projek Westfield (rumah berkembar) dan Somerville (banglo setingkat) juga amat menggalakkan dengan beberapa unit saja masih ada untuk dimiliki.

Berdasarkan maklum balas positif pasaran, OSK Property memperkenalkan Northfield merangkumi 474 unit rumah teres setingkat dengan tiga jenis rekaan praktikal.

Kediaman berpegangan bebas ini menampilkan rekaan kontemporari dan keluasan lantai yang praktikal dengan ruang kediaman tiga atau empat bilik tidur seluas 22'x70'.

Unit dengan tiga bilik tidur ditawarkan dengan keluasan binaan 1,252 kaki persegi boleh dimiliki pada harga bermula RM240,000 manakala kediaman dengan empat bilik tidur dengan keluasan binaan daripada 1,327 kaki persegi ke 1,340 kaki persegi ditawarkan pada harga bermula RM260,000.

Bersempena dengan ulang tahun ke-55 OSK Property, anda boleh memiliki rumah impian anda dengan bayaran muka serendah RM55.

Daftarlah sekarang untuk menikmati pakej early-bird dan tawaran istimewa lain.

Untuk maklumat, sila hubungi 04-4251818 atau 012-4291818.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 7:20 AM