Yamaha TMax Tech Max tawar keselesaan maksimum buat penunggang dalam perjalanan jauh
Yamaha TMax Tech Max tawar keselesaan maksimum buat penunggang dalam perjalanan jauh
HM Digital

Selepas lama tertangguh, akhirnya Vroom berpeluang menunggang uji model Yamaha TMax Tech Max yang diperkenalkan ke dalam pasaran tempatan sekitar 2022.

Model ini ialah skuter maxi prestasi dengan rekaan sporty serta didatangkan ciri teknologi terkini sesuai buat individu yang mahukan motosikal selesa dan bergaya.

Untuk rekaan ia dilengkapi dengan ciri mewah seperti pelindung angin hadapan boleh laras elektrik, lampu hadapan dan belakang LED bergaya, tempat duduk penunggang didatangkan perehat belakang boleh laras dan penutup tangki bahan api pintar yang mudah dibuka dan ditutup.

Ia juga dilengkapi dengan pemegang 'forged' aliminium , rim 10 jejari 15 inci 'spinforged' ringan, saiz tayar tanpa tiub hadapan 120/70 dan 160/60 belakang serta dipacu menggunakan tali sawat.

Ciri lain dengan suis penghidup enjin dan pembuka tempat duduk elektrik yang memudahkan pengguna serta dengan pencahayaan.

Ia juga dengan meter TFT berwarna penuh bersaiz 7 inci yang mudah dilihat dengan fungsi odometer, kelajuan, trip, tahap bahan api dan bateri, paparan waktu dan banyak lagi.

Untuk keterhubungan ia didatangkan dengan aplikasi Myride-Link untuk disambung ke telefon pintar serta Garmin Motorised App untuk peta perjalanan dengan tambahan caj terdapat padanya.

Bagi kemudahan larasan ia menggunakan joystick inovatif pada pemegang sebelah kiri yang juga dilengkapi pemanas dan pada sebelah kanan menerusi ciri Yamaha Chip-Controlled Throttle (YCC-T) dengan APSG untuk pendikit ride-by-wire bagi pretasi lebih responsif.

Penulis berpeluang menunggang model ini ke Melaka dan ternyata selain selesa ia juga dengan prestasi enjin 562cc sejukan cecair, DOHC, 4 injap 2 silinder selari menawarkan 47.6 kuasa kuda (hp) pada 7,500rpm dan tork 55.7Nm pada 5,250rpm dan transmsisi CVT.

REKAAN lampu
REKAAN lampu

SIMPANAN bawah tempat duduk.
SIMPANAN bawah tempat duduk.

PANEL meter TFT.
PANEL meter TFT.

JOYSTICK
JOYSTICK

Ketika di lebuh raya ia mampu mencapai kelajuan sehingga 170 kilometer/sejam (km/j).

Menerusi sistem suspensi hadapan fork terbalik (USD) dan lengan hayun suspensi 'link' monoshock belakang menjadikan ia menyerap tekanan dengan baik dan ketika melayan selekoh juga stabil pada kedudukannya.

Posisi menunggang ternyata selesa dengan pelana lebar dengan ketinggian 800 milimeter (mm) sesuai untuk penulis yang berketinggian 176 sentimenter (sm).

Skuter ini dengan berat 220 kilogram (kg) dan tangki 15 liter membolehkan ia bergerak sehingga 300 kilometer dengan satu isian penuh namun bergantung kepada corak tunggangan masing-masing.

Ia juga dengan ruang simpanan bawah tempat duduk yang boleh memuatkan sebuah topi keledar 'open face', dwi brek cakera hidraulik hadapan dan tunggal pada belakang .

Secara keseluruhan skuter TMaxTech Max bukan sahaja seronok untuk ditunggang malah untk perjalanan dekat atau jauh ia kekal selesa termasuk didatangkan dengan ciri kawalan pelayaran dan kawalan cengkaman serta mod tungangan iaitu 'touring' dan 'sport' serta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Untuk model ini ia pemasangan tempatan (CKD) dengan dua pilihan warna ditawarkan iaitu Dark Petrol (kelabu gelap) dan Power Grey (kelabu) yang dijual pada harga RM74,998 (atas jalan tanpa insurans).

SPESIFIKASI

Yamaha TMax Tech Max

Enjin: 562cc sejukan cecair, DOHC, 4 injap 2 silinder selari

Kuasa kuda: 47.6 kuasa kuda (hp) pada 7,500rpm

Tork: 55.7Nm pada 5,250rpm

Transmisi: Automatik CVT

Tangki bahan api: 15 liter

Ciri Keselamatan: Kawalan Cengkaman dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Harga: RM74,998 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2024 @ 6:43 AM