Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Malaysia merekodkan 27,179 kes baharu penularan Covid-19, semalam berbanding 25,099 kes, kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 3,273,958 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 27,059 kes tempatan dengan 678 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Sebanyak 99.37 peratus bersamaan 27,007 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

"Pecahan daripada jumlah yang dinyatakan itu, sebanyak 70.70 peratus iaitu 19,215 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori dua manakala 7,792 kes (28.67 peratus) adalah pesakit kategori satu," katanya.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Katanya, selebihnya bagi kategori tiga terdapat 102 kes (0.37 peratus), kategori empat dengan 43 kes (0.16 peratus) serta bagi kategori lima adalah seramai 27 kes (0.20 peratus).

"Daripada jumlah keseluruhan 172 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 51 kes iaitu 29.65 peratus belum divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan manakala 91 kes sudah menerima dua suntikan vaksin tanpa dos penggalak.

"Sebanyak 30 kes sudah menerima dos penggalak, berumur 60 tahun ke atas (67 kes), mempunyai komorbid (93 kes) dan ibu mengandung (enam kes)," katanya.

Pecahan kes baharu
Selangor: 5,568
Sabah: 4,406
Johor: 2,200
Sarawak: 441
Kuala Lumpur: 1,355
Kedah: 2,583
Kelantan: 2,043
Pulau Pinang: 2,601
Perak: 1,025
Negeri Sembilan: 1,157
Pahang: 1,668
Melaka: 611
Terengganu: 782
Labuan: 277
Putrajaya: 163
Perlis: 299

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Februari 2022 @ 11:06 AM