GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Sejumlah 1,647 kes positif baharu Covid-19 direkodkan, hari ini, enam hari berturut-turut di bawah 2,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif itu membabitkan 1,642 kes tempatan dan lima kes import dengan jumlah keseluruhan kes dalam negara sebanyak 319,364.

Beliau berkata, sebanyak 2,104 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan 300,620 kes.

"Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 712 kes membabitkan 619 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ini diikuti Johor sebanyak 170 kes dan Pulau Pinang sebanyak 169 kes," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sembilan kes kematian dicatatkan pada hari ini, dan semuanya membabitkan warganegera dengan jumlah 1,200 kes kumulatif.

Menurutnya, sebanyak 147 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 61 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mac 2021 @ 5:49 PM