MENAMPILKAN rekaan baju kurung pendek dengan perincian renda menarik.
MENAMPILKAN rekaan baju kurung pendek dengan perincian renda menarik.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Di sebalik pelbagai trend busana moden hari ini, rekaan tradisional seperti baju kebaya masih lagi mendapat sambutan untuk digayakan sepanjang Syawal ini termasuk rumah terbuka.

Baju kebaya bukan saja sarat dengan elemen warisan malah rekaannya juga sentiasa malar segar sejak zaman berzaman.

Bagi mengangkat kembali keistimewaan pakaian tradisional, pereka terkenal, Khoon Hooi, tampil dengan pelbagai rekaan fesyen wanita menarik untuk memeriahkan sambutan Syawal kali ini.

Diilhamkan kenangan terindah baju kebaya elegan neneknya, Hooi bukan sahaja memberi penghormatan kepada warisan budaya malah beliau turut menyelitkan estetika moden untuk wanita tampil lebih bergaya.

Koleksi menarik itu direka teliti daripada gabungan harmoni fabrik premium seperti tweed, fabrik labuci, brokat, renda, fil coupe dan jacquard, untuk menyerlahkan imej mewah.

Rekaan renda, motif bunga yang halus dan hiasan kristal bercahaya, mempamerkan ketukangan serta perhatian teliti terhadap perincian.

Pemilihan warna pula merangkumi spektrum rona menawan seperti hijau pudina, biru, kuning pastel, pelbagai warna merah jambu serta hitam dan putih.

Antara yang mencuri perhatian adalah rekaan kebaya pendek, Nita yang dihasilkan daripada fabrik tweed ringan.

MENYERLAHKAN imej feminin pemakai dalam rekaan kebaya labuh menarik.
MENYERLAHKAN imej feminin pemakai dalam rekaan kebaya labuh menarik.

Titik tumpuan rekaan itu terletak pada renda sempadan merah jambu dan hiasan mutiara kristal yang menghiasi leher serta lengan baju.

Bagi menyerlahkan lagi daya tarikan tersendiri rekaan, ia dipadankan dengan skirt potongan ala ikan duyong.

Koleksi Aleeya pula menyerlahkan imej feminin pemakai dalam rekaan kebaya labuh menarik.

Menggunakan fabrik renda kapas berbunga, bahagian atas baju direka menarik dengan hiasan kerongsang mutiara kristal.

REKAAN kebaya labuh juga tidak kurang menariknya untuk digayakan pada majlis rumah terbuka sepanjang Syawal ini.
REKAAN kebaya labuh juga tidak kurang menariknya untuk digayakan pada majlis rumah terbuka sepanjang Syawal ini.

Rekaan itu hadir dengan fesyen kamisol renda putih dan skirt bertalu polkadot yang melengkapkan lagi penampilan.

Dalam pada itu, koleksi kebaya labuh, Tita juga tidak kurang menariknya untuk digayakan pada majlis rumah terbuka sepanjang Syawal ini.

Rekaan baju unik itu dipadankan dengan skirt daripada fabrik jacquard krep dan dihiasi manik serta perincian menarik.

Kamisol renda putih dalaman melengkapkan lagi gaya penampilan.

ANTARA rekaan menarik daripada Hooi yang memeriahkan lagi sambutan raya tahun ini.
ANTARA rekaan menarik daripada Hooi yang memeriahkan lagi sambutan raya tahun ini.

Sementara itu, selain kebaya baju kurung juga antara rekaan tradisional yang sentiasa diminati ramai.

Untuk koleksi baharu ini, Hooi turut tampil dengan rekaan set baju kurung menarik, Leena yang dihasilkan daripada fabrik fil coupe.

Apa yang uniknya, bahagian atas lengan dan bawah baju menampilkan renda klasik, manakala kainnya pula, skirt potongan menarik.

Selain itu, rekaan koleksi Eryna juga menarik untuk digayakan.

Hadir dalam rona pastel muda, koleksi baju kurung pendek itu diperbuat sepenuhnya daripada fabrik brokat.

FESYEN kebaya pendek yang dihasilkan daripada fabrik tweed ringan.
FESYEN kebaya pendek yang dihasilkan daripada fabrik tweed ringan.

Bahagian atas lengan baju diselitkan renda menarik rona biru muda yang kontras manakala kainnya pula potongan skirt.

Ia turut diserikan dengan perincian renda dan manik kristal mutiara motif bunga di tangan dan bawah baju.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 6:20 AM