JUSTIN tewas kepada Gemke yang menyaksikan Malaysia kecundang 2-3 di tangan Denmark. FOTO BERNAMA
JUSTIN tewas kepada Gemke yang menyaksikan Malaysia kecundang 2-3 di tangan Denmark. FOTO BERNAMA
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Hasrat Malaysia untuk menjadi juara Kumpulan D Piala Thomas tidak kesampaian apabila tumpas 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi apabila mata kemenangan diharapkan daripada perseorangan ketiga, Justin Hoh gagal menjadi realiti.

Justin yang berusia 20 tahun terpaksa akur dengan kehebatan Rasmus Gemke walaupun berjaya mengheret aksi sehingga ke rubber set, sebelum tumpas 13-21, 21-19, 13-21 di Gimnasium Pusat Sukan Zon Hi-Tech di Chengdu, China.

Kekalahan itu bermakna ketiga-tiga perseorangan negara bermula dari Lee Zii Jia, diikuti Leong Jun Hao termasuk Justin gagal menyumbangkan mata buat negara.

Dua mata skuad Piala Thomas negara diraih melalui gandingan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Walaupun tumpas Malaysia terlebih dahulu sudah melayakkan diri ke suku akhir hasil dua kemenangan sebelum ini ketika bertemu Hong Kong dan Algeria.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2024 @ 10:37 PM