Aplikasi Muslim Pro terkenal di seluruh dunia. - FOTO Muslim Pro
Aplikasi Muslim Pro terkenal di seluruh dunia. - FOTO Muslim Pro
Noraniza Azmi

APLIKASI terkenal antarabangsa dengan jumlah hampir 100 juta pengguna, Muslim Pro dilaporkan menjual data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat.

Dilaporkan Amerika Syarikat menggunakan dua data stream yang berbeza iaitu Babel Street dan X-Mode bagi tujuan pengumpulan data lokasi.

Menurut laporan RT.com, "Tentera Amerika Syarikat membeli data pergerakan terperinci individu dari seluruh dunia yang diambil daripada aplikasi yang kelihatan tidak berbahaya." Joseph Cox, VICE Motherhood. 

Secara khusus, salah satu pembeli adalah Komando Operasi Khas Amerika Syarikat (USSCOM) yang berurusan dengan pemberontakan, anti-keganasan dan pelbagai aktiviti rahsia di seluruh dunia. 

Aplikasi Muslim Pro adalah aplikasi peringatan waktu solat berserta dengan penunjuk arah kiblat dari Kota Makkah. 

Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan bacaan al-Quran secara dalam talian dan audio bacaan bagi memudahkan pengguna.

Rata-rata umat Islam telah memadamkan aplikasi Muslim Pro berikutan berita penjualan data lokasi ini.

Dalam perkembangan terbaru, menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Muslim Pro menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan perkara itu tidak tepat dan salah.

Siasatan dalaman turut dilancarkan bagi memastikan keselamatan data pengguna terjamin.

Sehubungan itu, pembangunan aplikasi Muslim Pro mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan syarikat rakan kongsi data termasuk X-Mode.

Pengguna disaran beralih ke aplikasi Waktu Solat Malaysia . - FOTO Waktu Solat Malaysia

Bagi umat Islam yang mahu aplikasi seumpama Muslim Pro, anda boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia yang dimiliki oleh Media Prima Digital. 

Untuk pengetahuan anda, selain sebagai aplikasi peringatan waktu solat, aplikasi Waktu Solat Malaysia ini turut mempunyai fungsi tambahan yang lain seperti panduan waktu solat, koleksi doa-doa, bacaan al-Quran, lokasi masjid atau surau berhampiran pengguna. 

Anda boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di laman sesawang HUAWEI, Apple dan Google.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2020 @ 9:33 PM