Sosial media jadi medium baharu jana pendapatan - FOTO Hiasan
Sosial media jadi medium baharu jana pendapatan - FOTO Hiasan
Mohammad Asyraf Khalib

SETIAP generasi memiliki ciri dan sifat tersendiri yang umumnya dipengaruhi lingkungan kehidupan mereka. 

Bagi Generasi Z, perkembangan teknologi membuatkan golongan ini lebih banyak bergantung dengan gajet dan aktiviti media sosial. 

Bukan sekadar bersenang-senang, tetapi medium baharu ini membolehkan mereka melakukan pelbagai aktiviti harian termasuk belajar dan bekerja.

Tidak cukup dengan itu, ramai juga yang menjadikan media sosial sebagai ruang untuk mencari sumber pendapatan seperti perniagaan dalam talian atau menjadi selebriti internet.

Memahami keperluan dan citarasa golongan milenial dan Generasi Z, syarikat perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tampil menawarkan pelan mudah alih lebih fleksibel dan menjimatkan.

Yoodo adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pelan mudah alih boleh diubah suai dan perkhidmatan 100 peratus secara digital.

Lebih menarik, ia juga dikuasakan dengan rangkaian Celcom 4G LTE yang mempunyai liputan terluas dan paling menyeluruh di negara ini. 

Reka pelan ikut keperluan

Image

Selari dengan slogan #whatyoowant, Yoodo memberi peluang kepada pengguna untuk mengubah suai pelan mudah alih mengikut keperluan sendiri. 

Dengan cara ini, pengguna dapat mengelak pembaziran data sekali gus menikmati kemudahan data, panggilan serta SMS sepuasnya tanpa perlu bimbang bil bulanan tinggi. 

Selain fleksibel, pelan mudah alih ditawarkan Yoodo juga tiada caj tersembunyi, di samping pelanggan tidak terikat dengan sebarang kontrak. 

Setakat ini, Yoodo menawarkan lebih dua juta kombinasi pelan yang boleh dipilih, sesuai memenuhi keperluan pengguna. 

Dalam erti kata lain, pengguna boleh menukar pelan yang dilanggan pada setiap bulan mengikut kehendak semasa dan pelan baharu yang dipilih akan diperbaharui pada setiap bulan seterusnya. 

Image

Satu lagi keistimewaan Yoodo adalah pengguna bebas memilih pelan data tanpa had atau pelan asas untuk data berkelajuan tinggi mengikut tahap penggunaan dan kadar bayaran bulanan yang dikehendaki.

Dengan data tanpa had, pengguna tidak perlu runsing memikirkan masalah data tidak mencukupi untuk penggunaan dalam talian seharian. 

Selain data tanpa had, pelan data tanpa had Yoodo turut menawarkan kebebasan kepada pengguna untuk memilih kelajuan data, kuota hotspot, panggilan serta SMS yang diperlukan. 

Lebih menarik, promosi terbaru Yoodo kini menawarkan 6GB hotspot percuma dan lebih minit panggilan, semuanya dalam satu pelan data tanpa had boleh diubah suai. 

Nikmati 10GB ekstra data percuma

Image

Bagi meningkatkan pengalaman penggunaan, Yoodo turut memperkenal promosi terbaharu iaitu 'Double Special EXTRA'.

Semua pengguna Yoodo dengan pelan data asas 10GB dan ke atas akan menerima 10GB data tambahan secara percuma.

Kuota ekstra 10GB itu akan ditambah secara automatik dalam data asas bulanan pengguna pada harga sama tanpa sebarang caj tersembunyi. 

Image

Bagi pengguna sedia ada dengan pelan data asas di bawah 10GB pula, anda hanya perlu menukar ke pelan data asas 10GB ke atas untuk menikmati promosi ini.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana ia ditawarkan untuk tempoh masa terhad sahaja. 

Sekiranya pengguna memerlukan data berkelajuan tinggi untuk aplikasi tertentu, pengguna juga boleh memilih untuk menambah data tambahan mengikut citarasa sendiri. 

Antara aplikasi ditawarkan adalah permainan, hiburan atau media sosial seperti Instagram, TikTok, PUBG Mobile, Netflix dan banyak lagi pada harga promosi serendah RM3 sebulan untuk 20GB! 

Image

Bagi mereka yang banyak bergantung dengan teknologi dan internet, Yoodo adalah pilihan tepat kerana ia menawarkan fleksibiliti dan kebebasan untuk pengguna mengubah suai pelan mudah alih mengikut keperluan dan bajet sendiri. 

Hadir dengan pelbagai promosi menarik seperti 6GB hotspot percuma untuk pelan data tanpa had, 10GB data berkelajuan tinggi percuma untuk 'Double Special Extra' atau potongan harga data tambahan sebanyak 40 peratus, Yoodo mampu memenuhi kehendak golongan milenial dan Generasi Z selari slogan #whatyoowant yang dilancarkan baru-baru ini. 

Ubah suai pelan mudah alih sekarang!

Image

Bagi yang belum menjadi pengguna Yoodo, anda boleh memesan SIM Yoodo secara percuma menerusi pautan ini dan ia akan dihantar terus ke alamat anda tanpa sebarang kos. 

Lebih mengagumkan, pengguna kali pertama boleh menikmati 5GB data berkelajuan tinggi secara percuma! 

Sebagai alternatif, anda juga boleh mencuba servis eSIM, yang membolehkan pengguna mengaktifkan beberapa nombor dalam telefon pintar anda. 

Hanya muat turun aplikasi Yoodo di App Store, Google Play atau HUAWEI AppGallery, daftar dan aktifkan eSIM Yoodo dalam masa 5 minit. 

Setelah mendaftar, jangan lepaskan peluang untuk ubah suai pelan mudah alih tersendiri dan melanggan pelan data berkelajuan tinggi asas 10GB ke atas dan nikmati promosi 'Double Special EXTRA'! 

Untuk mengetahui lebih lanjut layari pautan ini

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 April 2021 @ 8:03 PM