Pelan mudah alih dengan data berkelajuan tinggi tanpa perlu bimbang bil bulanan tinggi adalah kehendak semua pengguna - FOTO Hiasan
Pelan mudah alih dengan data berkelajuan tinggi tanpa perlu bimbang bil bulanan tinggi adalah kehendak semua pengguna - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

TAHUN lalu, Yoodo telah memperkenalkan pelan 20GB pada harga RM20 dan menjadikannya salah satu tawaran pelan mudah alih paling menarik pada tahun 2020. 

Berikutan sambutan serta permintaan ramai pengguna, Yoodo telah mengembalikan pelan ini semula bagi memenuhi keperluan orang ramai. 

Yoodo adalah syarikat perkhidmatan telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pelan mudah alih boleh diubah suai serta perkhidmatan 100 peratus secara digital. 

Lebih menarik, ia juga dikuasakan dengan rangkaian 4G LTE Celcom dengan liputan terluas serta menyeluruh di Malaysia.

Berita baik buat semua, berdasarkan permintaan ramai Yoodo kembali tampil menawarkan pelan mudah alih lebih fleksibel dan menjimatkan.

Bagi pengguna Yoodo, kini anda hanya perlu membayar RM20 sahaja untuk menikmati 20GB data berkelajuan tinggi bagi memenuhi keperluan seharian dalam menggunakan internet. 

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan promosi pelan 20GB RM20 ini di laman web Yoodo

Image

Bagi setiap individu, liputan talian internet yang bagus antara perkara utama diberi perhatian dalam pemilihan pelan telefon mudah alih.

Kebiasaannya, pelan dengan data berkelajuan tinggi memerlukan pelaburan yang besar kerana bagi mendapatkan manfaat data lebih pantas pengguna perlu berbelanja lebih.

Dengan pelan Yoodo 20GB untuk RM20 ini, anda kini boleh mengikuti perkembangan semasa, bekerja atau belajar dalam talian, berhubung dengan ahli keluarga dan orang tersayang melalui aplikasi panggilan video dan bermain permainan dalam talian sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menonton rancangan televisyen dan drama kegemaran anda tanpa sebarang gangguan kehabisan data internet.

Image

Untuk menikmati pelan yang sangat berbaloi ini, anda hanya perlu muat turun aplikasi Yoodo,

pilih 'Ubah Suai Pelan Anda', kemudian klik 20GB sebagai pelan data asas anda untuk membelinya pada harga hanya RM20.

Bagi pengguna sedia ada Yoodo, anda hanya perlu mengemaskini pelan di dalam aplikasi Yoodo dengan menekan 'Ubah Pelan' serta pilih pakej data asas 20GB. 

Yoodo juga turut memberi peluang kepada setiap pengguna mengubah suai pelan mudah alih mengikut keperluan sendiri berdasarkan slogan #whatyoowant. 

Melalui kelebihan ditawarkan oleh Yoodo, pengguna dapat menjimatkan wang daripada caj tambahan berikutan penggunaan data internet, panggilan serta SMS secara sekaligus dalam satu masa.  

Setakat ini, Yoodo menawarkan lebih dua juta kombinasi pelan yang boleh dipilih bagi memenuhi keperluan setiap pengguna. 

Pelan mudah alih ini juga tiada caj tersembunyi dan pelanggan tidak terikat dengan sebarang kontrak jadi pelanggan tidak perlu bimbang untuk membayar bil bulanan yang tinggi. 

Image

Selain itu, pengguna turut boleh membuat penambahan data khusus 20GB berdasarkan penggunaan aplikasi-aplikasi penstriman video, media sosial, permainan dalam talian dan banyak lagi seperti Instagram, Spotify, YouTube atau Netflix dari serendah RM3. 

Sekarang, untuk masa terhad sahaja, pengguna turut boleh menikmati 20GB data tambahan bagi aplikasi TikTok, Mobile Legends: Bang Bang, dan iQiYi pada harga hanya RM1 sebulan untuk setiap aplikasi! 

Selari dengan slogan #whatyoowant, Yoodo benar-benar memberi pengguna fleksibiliti serta kebebasan untuk membuat pilihan yang paling sesuai untuk diri sendiri, pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja.

Image

Sekiranya anda bukan salah seorang pengguna Yoodo, anda tidak perlu bimbang kerana masih layak menikmati promosi ini dengan cara mudah iaitu dengan memuat turun aplikasi Yoodo di telefon anda.

Bagi pengguna Yoodo baharu, anda boleh memesan SIM Yoodo secara percuma dalam talian dan ia akan dihantar terus ke alamat anda tanpa sebarang kos penghantaran. 

Lebih mengagumkan, pengguna kali pertama boleh menikmati 5GB data berkelajuan tinggi secara percuma apabila anda aktifkan SIM kad anda. 

Selain memesan kad SIM secara dalam talian, anda juga boleh mendapatkannya di cawangan Celcom bluecube, kedai BHPetromarts dan Petronas Mesra terpilih di Semananjung Malaysia. Lokasi-lokasi kedai tersebut boleh didapatkan di sini

Kunjungi laman web Yoodo untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi pelan 20GB pada harga RM20.  

Selain itu, anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih dari App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Julai 2021 @ 12:32 PM