TIKTOK mempunyai kekuatan tersendiri  yang menyumbang kepada sambutan luar biasa.
TIKTOK mempunyai kekuatan tersendiri yang menyumbang kepada sambutan luar biasa.
Syah Rul Aswari Abdullah


TIKTOK kini sumber tunggal berita yang paling banyak digunakan di semua platform untuk remaja di United Kingdom (UK). Ia berdasarkan laporan Agensi Berita Jerman (dpa) memetik satu kajian baharu pengawal selia komunikasi UK, Ofcom.

Laporan Penggunaan Berita Pengawal Selia Di UK 2022/23 mendapati TikTok adalah sumber berita tunggal yang digemari dalam kalangan kanak-kanak berumur 12 hingga 15 tahun. TikTok paling popular dalam kalangan orang muda dan digunakan oleh 28 peratus remaja, diikuti oleh YouTube dan Instagram, kedua-duanya pada 25 peratus.

Laporan sama menyatakan bahawa topik berita yang paling menarik minat remaja yang lebih muda secara amnya ialah personaliti sukan atau sukan (23 peratus), berita muzik atau penyanyi (15 peratus), selebriti atau orang terkenal (11 peratus), perkara serius yang berlaku di UK (lapan peratus) dan berita mengenai haiwan atau alam sekitar (sembilan peratus).

Selain itu, mereka yang berumur 16 hingga 24 tahun adalah lebih kecil daripada purata orang dewasa untuk mengakses berita daripada sumber media tradisional, seperti TV (47 berbanding 70 peratus), radio (25 berbanding 40 peratus) dan akhbar cetak (16 berbanding 26 peratus).

Dalam pada itu, laporan sama menyatakan platform media sosial mendominasi lima sumber berita paling popular dalam kalangan remaja berusia 16 hingga 24 tahun untuk kumpulan usia ini, Instagram sebagai sumber berita tunggal yang paling banyak digunakan adalah pada 44 peratus. Ini diikuti oleh Facebook/FB (33 peratus), Twitter (31 peratus) dan TikTok (29 peratus). Mendapat tempat kedua bersama, BBC One pada 33 peratus adalah satu-satunya sumber media tradisional yang dipaparkan dalam lima teratas.

Sementara itu, FB - sumber berita ketiga paling popular dalam kalangan orang dewasa - menunjukkan tanda penurunan, daripada 33 kepada 30 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.

Populariti TikTok sebagai sumber berita untuk orang dewasa semakin berkembang, dengan satu daripada 10 orang dewasa mengatakan mereka menggunakannya untuk mengikuti cerita terkini.

Dapatan ini sebenarnya tidak mengejutkan. Jika dulu, TikTok ini dianggap sebagai sumber hiburan untuk mengisi masa lapang ketika dunia berkurung kerana Covid-19, ia kini pantas berkembang sebagai sumber berita. Ia juga mencerminkan peralihan trend pembaca seperti diramalkan menerusi Laporan Berita Digital Institut Reuters untuk Pengajian Kewartawanan bagi 2023.

Kebanyakan faktor yang menyumbang kepada sambutan luar biasa terhadap TikTok ini adalah paparannya yang ringkas dan padat. Jika dulu, anda mungkin perlu menonton video berita di YouTube, sesuatu isu itu boleh diketahui dengan hanya menonton satu klip di TikTok dalam tempoh kurang satu minit.

Menyedari perubahan trend ini, organisasi media kini berlumba-lumba untuk menghasilkan kandungan berita yang boleh dimuat naik ke TikTok. Sebagai contoh, The Wall Street Journal, The Washington Post dan Sky News kini turut memfokuskan kandungan berita di media sosial ini.

Satu dapatan juga menunjukkan bahawa 78 peratus daripada 50 penerbit berita utama dalam senarai Comscore - atau 39 daripadanya - tampil dengan akaun TikTok dalam masa dua tahun lalu. Pihak berkenaan tidak melakukannya (membuka akaun TikTok) untuk menjana kewangan, sebaliknya bagi menarik golongan muda untuk membaca produk berita mereka.

Strategi berbeza bagaimanapun dilihat digunakan antara organisasi media utama dan syarikat media yang lebih kecil. CNN, umpamanya, lebih memfokuskan kepada video 'snippet' atau rumusan kepada bahan berita utama, media lain yang lebih santai seperti The Daily Wire pula memuat naik berita yang lebih berunsurkan hiburan sambil memanfaatkan pelbagai trend dan 'filter' di TikTok.

Washington Post pula tampil dengan idea berbeza untuk akaun TikToknya. Ia memuat naik gabungan video pendek dan panjang, dengan menggabungkan antara video asli, hantaran berunsurkan santai dan serius.

BBC pula memanfaatkan media sosial ini sebagai promosi kepada liputan yang menjadi tumpuan dunia. Sebagai contoh, ketika istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II, ia mendokumentasikan semua program yang akan berlaku di sekitar UK, menjelang istiadat berkenaan. Strategi ini ternyata menarik dan ia berjaya menarik jumlah penonton yang besar apabila lebih ramai menyaksikan penstriman langsung pemakaman Elizabeth pada 19 September 2022.

TikTok kini menjadi pilihan orang muda untuk pelbagai perkara termasuk sebagai sumber berita. Semakin ramai orang tidak kisah jika tidak memiliki akaun FB. Sebenarnya, sukar untuk meramalkan selama mana trend ini akan bertahan. Ini meskipun dengan kehadiran pesaing

Penulis Penolong Pengarang Berita Harian Metro

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2023 @ 5:59 AM