FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Washington: Kebanyakan remaja di Amerika Syarikat (AS) tidak lagi aktif di Facebook (FB) sejak tujuh tahun lalu lebih cenderung menghabiskan masa di platform perkongsian video seperti YouTube dan TikTok, menrut data tinjauan Pusat Penyelidikan Pew pada Rabu.

TikTok muncul sebagai platform media sosial paling digemari remaja AS, manakala YouTube yang dikendalikan Google menjadi medium biasa digunakan oleh remaja, tulis penulis laporan itu.

Data dikeluarkan ketika Meta iaitu pemilik FB bersaing dengan TikTok untuk media sosial, cuba mengekalkan bilangan maksimum pengguna sebagai sebahagian daripada perniagaan dipacu iklan berbilion dolarnya.

Laporan itu mendedahkan kira-kira 95 peratus daripada remaja berkata, mereka menggunakan YouTube manakala 67 peratus lagi adalah pengguna TikTok.

Hanya 32 peratus daripada remaja yang memberitahu mereka aktif di FB dan ia penurunan besar daripada 71 peratus yang dilaporkan menjadi pengguna ketika tinjauan sama kira-kira tujuh tahun lalu.

FB dilihat sebagai tempat untuk individu berusia dengan minat muda ke rangkaian sosial di mana orang meluahkan perasaan mereka dengan gambar dan coretan video.

Kira-kira 62 peratus daripada remaja ditemui berkata, mereka menggunakan Instagram (IG) yang dimiliki oleh Meta, manakala 59 peratus lagi mengakui menggunakan Snapchat, kata penyelidik.

"Satu perempat remaja yang menggunakan Snapchat atau TikTok mengatakan mereka menggunakan aplikasi ini hampir sentiasa, dan satu perlima daripada pengguna YouTube remaja mengatakan perkara sama," kata laporan itu.

Bagaimanapun, berita baik untuk Meta adalah perkhidmatan perkongsian foto dan video IG lebih popular dalam kalangan remaja AS berbanding tinjauan 2014 hingga 2015.

Sementara itu, laporan sama mendedahkan kurang daripada satu perempat daripada remaja yang ditinjau berkata mereka pernah menggunakan Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2022 @ 10:03 AM