Kuala Lumpur: Pelakon, Afifah Nasir berkongsi kegembiraan bersama adik-beradiknya yang lain apabila dapat beramah mesra dengan selebriti, Paris Hilton.

Dalam video yang dimuat naik Afifah, dia bersama Nazirah, Mia dan Diana bergambar dan bersama-sama menyanyikan lagu nyanyian Hilton berjudul Stars Are Blind.

"Sisters, you're gorgeous," kata Paris dalam video itu.

Mereka semua hadir memakai busana rona hitam di samping Hilton yang memakai 'dress' berwarna biru.

Tidak sekadar bergambar dan merakam video, adik-beradik jelita itu juga turut mendapatkan autograf daripada Hilton.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2023 @ 4:59 PM