TRUMP International Hotel sebelum pelancaran rasmi pada 2016. Merchant Group, dalam proses mendapat kontrak untuk memperoleh pajakan hotel tersebut. FOTO AFP
TRUMP International Hotel sebelum pelancaran rasmi pada 2016. Merchant Group, dalam proses mendapat kontrak untuk memperoleh pajakan hotel tersebut. FOTO AFP
BERNAMA

Washington: Syarikat hotel keluarga bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjual hak ke atas Trump International Hotel di Washington DC dengan harga AS$375 juta (RM1.56 bilion), lapor Sputnik memetik Wall Street Journal.

Merchant Group, syarikat pelaburan yang berpangkalan di Miami CGI itu kini dalam proses mendapat kontrak untuk memperoleh pajakan hotel tersebut, lapor akhbar itu pada Ahad memetik sumber.

Syarikat itu bercadang menyingkirkan nama Trump dan mencapai perjanjian dengan Hilton Worldwide Holdings Inc untuk hartanah itu diuruskan Waldorf Astoria daripada kumpulan Hilton.

Urus niaga penjualan hotel Trump itu dijangka selesai pada suku pertama 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 November 2021 @ 4:49 PM