TYA Ariffin
TYA Ariffin
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Penyanyi dan usahawan popular, Tya Arifin bersyukur apabila berjaya membantu menyelamatkan rumah tangga seorang wanita selepas suaminya 'kantoi' menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja.

Tya berkata, melihat penderitaan yang dialami wanita terbabit dia tampil membantu dan menaja wanita berkenaan sehingga rumah tangganya kembali pulih.

"Kakak ini adalah salah seorang pengikut yang saya pilih untuk menjadi orang istimewa untuk mencuba produk kami. Sebelum ini, dia berhadapan dengan satu masalah 'keintiman' dengan suami.

"Selepas saya taja produk selama dua bulan secara konsisten, tak sangka kakak ini memaklumkan hubungan dengan suaminya sudah bertambah baik.

"Satu perasaan yang sukar diungkapkan apabila dapat membantu orang yang sedang mengalami kesusahan dan menyelamatkan perkara yang penting dalam kehidupan seseorang, rasanya sangat bahagia," katanya.

Menurut Tya, biarpun rumah tangga mereka sudah berusia tujuh tahun namun ada ketika dia dan suaminya, Asyraf Khalid berdepan masalah, namun sentiasa mencari jalan terbaik.

"Saya sendiri ada rumah tangga, bukan baru setahun. Semestinya ada masalah tak kisah suami atau isteri. Alhamdulillah ini juga berkat dengan usaha dan komunikasi juga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2023 @ 4:51 PM