FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat, ditahan semalam, selepas dipercayai menerima rasuah dan tuntutan palsu berkaitan kes RM3.3 juta

Ia susulan penahanan dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air negeri ini yang dipercayai menerima rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor, sebelum mereka direman sehari, semalam.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 38 dan 35 itu ditahan di pejabat SPRM Selangor, kira-kira 4 petang semalam, bagi membantu siasatan.

"Penahanan itu berikutan siasatan atas beberapa aduan sekitar 2023, yang mana suspek menerima wang rasuah daripada pemilik dua syarikat kontraktor sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air berkenaan.

"Suspek juga dipercayai terbabit dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung dengan permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta, sedangkan program itu tidak dilaksanakan sepenuhnya," kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi ini, bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air negeri ini dilaporkan dipercayai menerima rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor, sebelum mereka direman sehari.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 36 dan 40 tahun terbabit ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira 4 petang kelmarin, bagi membantu siasatan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 8:54 AM