TYA bersama suami serta anak keduanya.
TYA bersama suami serta anak keduanya.
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON Indonesia Tya Arifin, 25, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur jam 9.21 pagi hari ini.

Bayi perempuan diberi nama Azzahra Jiwa Muhammad Asyraf itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.6 kilogram.

Suaminya, Muhammad Asyraf Khalid yang juga anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, isterinya kini dalam keadaan stabil.

"Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan lancar dan selamat. Isteri saya kini dalam keadaan stabil," katanya.

FOTO instagram Tya Arifin dan Azzahra Jiwa Asyraf.
FOTO instagram Tya Arifin dan Azzahra Jiwa Asyraf.

Tya dan Asyraf masing-masing berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram mereka dengan menyertakan foto bersama anak kedua mereka itu.

Pasangan itu juga turut berkongsi foto bahagia mereka di Instagram Azzahra yang dibuka sejak pagi tadi dan mula diikuti lebih 5,000 pengikut.

Rata-rata, ramai selebriti tanah air dan pengikut di Instagram mengucapkan tahniah buat mereka.

Tya dan Asyraf berkahwin pada 2015 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Arif Jiwa pada 31 Mac 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 11:01 AM