Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan lagi sambutan Karnival Jom Heboh Edisi Raya BABA’S kali ini. FOTO - BABA’S
Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan lagi sambutan Karnival Jom Heboh Edisi Raya BABA’S kali ini. FOTO - BABA’S
Muhammad Najmir Razaman

Selepas mendapat sambutan yang positif di Karnival Jom Heboh BABA'S Pulau Pinang dan Kelantan tahun lalu, BABA'S sekali lagi memeriahkan Karnival Jom Heboh Putrajaya yang akan diadakan bermula 3 hingga 5 Mei ini.

Menariknya, memandangkan ia dianjurkan di dalam bulan Syawal, edisi kali ini akan dinamakan sebagai Karnival Jom Heboh Edisi Raya BABA'S.

Selain bertujuan menyantuni penduduk setempat dan berkongsi rezeki dengan memberikan pek sampel produk BABA'S dan Pek Nasi Kari Ayam BABA'S secara percuma, BABA'S juga akan menjual 'goodies bag' berisi produk keluaran BABA'S yang bernilai RM20,  pada harga RM15 sahaja.

Selain itu, pengunjung juga boleh memenangi pelbagai hadiah misteri daripada BABA'S  apabila menyertai aktiviti-aktiviti menarik seperti bola sepak golf, timbang bola, permainan pistol dart, penyepit kacang, cawan belon dan juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Disamping itu, pengunjung juga boleh mendapatkan pek-pek sampel percuma produk BABA'S. 

Dalam masa yang sama, BABA'S juga akan mengadakan demonstrasi masakan menggunakan produk BABA'S oleh Chef Qayyum, chef jemputan khas BABA'S yang mana beliau akan memasak dan mengedarkan sampel makanan secara percuma.

Antara menu yang akan dipersembahkan termasuklah Ayam Berempah Tumis Kering, Kambing Berempah Varuval, Sup Kambing dan Pasta Kari Ayam. 

Orang ramai juga berpeluang merasai masakan yang akan dimasak dan diedarkan sempena Kenduri Raya BABA'S sepanjang tiga hari di Karnival Jom Heboh Edisi Raya BABA'S ini.

Menurut Ketua Pemasaran Baba Products (M) Sdn Bhd, Azrain Mohamad, mereka akan memasak dan mengedarkan sebanyak 12,000 pek Nasi Kari Ayam BABA'S secara percuma sepanjang tiga hari di Karnival Jom Heboh Edisi Raya BABA'S ini.

"Memandangkan kita masih berada di dalam bulan Syawal, pihak kami juga ingin meraikan Hari Raya dan berkongsi rezeki bersama semua pengunjung yang datang ke Karnival Jom Heboh Edisi Raya BABA'S ini.

"Kari Ayam BABA'S akan dimasak sepenuhnya menggunakan produk-produk BABA'S yang pastinya mencetus kelainan dan bakal menjadi tumpuan pengunjung Karnival Jom Heboh Edisi Raya BABA'S kerana ia diberikan secara percuma," katanya.

Pek Nasi Kari Ayam BABA'S ini akan diedarkan melalui tiga sesi iaitu sesi pagi, tengah hari dan petang selama tiga hari BABA'S berkampung di Karnival Jom Heboh Edisi Raya BABA'S.

Mengulas lanjut mengenai produk keluaran BABA'S, Azrain berkata ia tidak mengandungi sebarang bahan-bahan pengawet, penambah rasa, pewarna mahupun MSG.

Sebaliknya, ia dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dari seluruh dunia dan sesuai untuk hidangan vegetarian kerana ia tidak mengandungi apa-apa bahan berasaskan makanan laut.

Orang ramai dijemput untuk memeriahkan dan menikmati sendiri keenakan Nasi Kari Ayam BABA'S di Karnival Jom Heboh Edisi Raya BABA'S di Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 8:17 AM