ELLY Mazlein
ELLY Mazlein
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein mengumumkan dirinya bakal menimang  cahaya mata lelaki.

Elly atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina Pom Pom berkata, dia juga sudah mula bercuti untuk menanti kehadiran cahaya maya keduanya tidak lama lagi.

"Dengan ini, Kak Pom dah cuti rehat tunggu 'baby boy' mama lahir di dunia. Insya-Allah. Tak sabar nak jumpa permata hati kedua mama," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian di laman sosial itu, Elly berkongsi beberapa foto selepas dia selesai mengacarakan sebuah rancangan hiburan buat kali terakhir sebelum cuti bersalin. 

Menurut Elly, dia juga memohon doa agar proses kelahirannya itu berjalan lancar.

"Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih," tulisnya lagi.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.

Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5. 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 September 2021 @ 11:27 AM