Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan.
Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan.
Hanis Aliaa Hidzir

Selepas lebih 30 tahun berada dalam industri seni, tidak dinafikan Salman Khan antara pelakon Bollywood kegemaran ramai. 

Walaupun sering terpalit dengan pelbagai kontroversi, Salman Khan tetap mendapat sokongan dan dorongan peminat kerana keperibadiannya terhadap orang ramai.

Terkenal dengan sifatnya yang pemurah, baik hati dan mempunyai humor tersendiri maka tidak hairanlah Salman Khan kekal popular dan menjadi pujaan ramai sehingga kini.

Mesra peminat

ImageSalman Khan tidak pernah menghampakan peminat ciliknya - FOTO dabbooratnani

Dengan lebih 11 juta pengikut, pelakon berusia 55 tahun ini sering berinteraksi secara langsung berkaitan perkembangan terkininya bersama peminat secara berkala.

Gemar dan tidak kekok melayan kanak-kanak, Salman Khan juga mempunyai populariti yang luar biasa dalam kalangan peminat cilik. 

Pelakon ini tidak pernah menolak permintaan anak kecil bergambar dan tidak semua peminat Salman Khan bernasib baik seperti peminat kanak-kanak.

Selain itu, Salman Khan juga banyak membabitkan peminat dalam mempromosikan filemnya serta berinteraksi secara terus dengan mereka.

Gaya dan sikap inilah yang menjadi salah satu rahsia Salman Khan kekal popular serta berjaya memikat hati orang ramai. 

Bakat semula jadi

Image

Tidak dinafikan Salman Khan seorang penghibur sejati dan bakat yang dimilikinya adalah semula jadi.

Kemahiran menari yang unik serta kemampuan lakonan mantap mampu memukau hati mereka yang melihat. 

Salman juga mempunyai cara berbeza menangani kritikan serta personaliti merendah diri menjadikannya bintang yang sebenar.

Dia juga mendorong ramai pelakon bercita-cita tinggi untuk mengembangkan karier mereka di Bollywood. 

Pemurah, baik hati

Sebagai seorang ikon, Salman Khan menunjukkan teladan yang baik yang mana dia banyak memberikan inspirasi kepada peminatnya untuk terbabit dalam kerja amal. 

Pelakon itu juga melancarkan 'Being Human', sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang membantu anak kurang bernasib baik di seluruh India bagi mendapatkan pendidikan lebih baik.

Dia turut melakukan banyak sumbangan di India sejak pandemik Covid-19 menyerang seluruh dunia selain menyatakan hasrat menyerahkan sebahagian keuntungan filem baharu terbitannya berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai kepada mereka yang memerlukan.

Saksikan Radhe: Your Most Wanted Bhai

Filem yang dinanti peminat Bollywood ini bukan sahaja menampilkan Salman Khan sebagai hero tetapi dia juga selaku produser bersama Sohail Khan dan Atul Agnihotri.

Diarahkan Raja Tari, 'Prabhudeva', peminat berpeluang menyaksikan gandingan Salman Khan bersama aktres jelita, Disha Patani.

Tidak ketinggalan, aktor Jackie Shroff dan Randeep Hooda yang turut memegang antara watak penting dalam filem ini.

Radhe: Your Most Wanted Bhai mengisahkan bagaimana seorang pegawai polis bernama Radhe menangani kes sindiket dadah yang kian meningkat di Mumbai.

Kehebatan Radhe menyelesaikan kes jenayah dengan cara tersendiri yang membuatkan penjenayah berasa gerun sehinggakan sindiket dadah berkenaan berjaya ditumpaskan.

Saksikan filem penuh aksi ini menerusi laman sesawang dan aplikasi tonton CINEMA mulai 3 Jun 2021 dengan hanya RM15 sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Jun 2021 @ 7:34 PM