Noraniza Azmi

Kuala Lumpur : Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, pemakaian pelitup muka terutamanya ketika berada di khalayak ramai telah menjadi norma baharu.

Seiring dengan situasi semasa, iklan perintis pelitup muka terkemuka, Callie dipaparkan menerusi skrin elit 3D Pavilion di lokasi tumpuan orang ramai iaitu Pavilion Mall, Bukit Bintang.

Walaupun telah memasuki fasa endemik, iklan yang terpapar gah itu secara tidak langsung memberi peringatan kepada masyarakat untuk sentiasa memakai pelitup muka.

Menerusi papan iklan 3D tersebut, pelitup muka Callie bukan sahaja dilihat memberi perlindungan terhadap pengguna, malah menjadi penambah gaya!

Kunjungi Callie Lab Pop-up 2022!

Image

Tidak cukup dengan itu, buat pertama kalinya pelitup muka Callie akan menganjurkan Callie Lab Pop-up 2022 yang bertempat di Level G, Entrance Atrium, The Starhill!

Bermula pada 18 April sehingga 1 Mei 2022, dari jam 10 pagi sehingga 10 malam Callie akan mendedahkan kepada umum material berkualiti yang digunakan dalam setiap pelitup muka. Malah anda berpeluang untuk melihat dan memegang komponen tersebut.

Selain itu, terdapat juga terowong berwarna-warni yang melambangkan kepelbagaian warna pelitup muka Callie dan juga warna baharu yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Anda juga boleh mengetahui perincian teknologi dan inovasi yang digunakan pelitup muka Callie di galeri yang disediakan.

Lebih menarik lagi, anda boleh menyuai padan set pelitup muka serta mereka bentuk kotak pembungkusan di salah sebuah stesen Callie Lab Pop-up. Anda turut dapat merebut pelbagai tawaran istimewa dan menarik hanya di Callie Pop-up.

Sertai cabaran #SerasiBersamaCallie di Instagram dan TikTok

Image

Anda mempunyai busana Aidilfitri unik untuk digayakan dengan pelitup muka Callie? Jika ia, jom sertai cabaran #SerasiBersamaCallie dengan empat langkah di bawah:

1. Muatnaik Video Reels di Instagram
2. Tag @callie.mask
3. Guna hashtag #SerasiBersamaCallie
4. Tag tiga orang kenalan untuk lakukan cabaran itu.

Mungkin anda akan menjadi 'Wajah di The Starhill' yang dinanti-nantikan. Malah, anda juga berpeluang memenangi lawatan eksklusif di Callie Lab Pop-up dan barangan Callie.

Tarikh penyertaan cabaran ini bermula dari 1 April 2022 hingga 16 April 2022. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang CallieMask.Co atau terus ke laman Instagram dan Facebook pelitup muka Callie.

Kekal selamat, bergaya dengan pelitup muka Callie

Image

Menjadi keperluan buat setiap individu bagi memastikan perlindungan maksimum setiap hari, pelitup muka premium empat lapis gred perubatan Callie boleh didapati dengan harga berpatutan.

Pelitup muka Callie berkualiti tinggi ini menepati piawaian kualiti tempatan dan antarabangsa yang ketat serta mudah didapati di pasaran.

Dengan hanya menggunakan material terbaik, ia bukan sahaja mampu memberikan perlindungan menyeluruh, tetapi turut menjanjikan keselesaan dan lebih praktikal untuk pemakaian jangka masa lama.

Image

Pelitup muka Callie memberikan kecekapan penapisan sehingga 99 peratus terhadap zarah mikro dan sub-mikron, bakteria dan virus, dengan keupayaan hidrofobik yang tinggi untuk melindungi daripada cecair bio dan titisan.

Malah, pelitup muka Callie juga kini menjadi penambah gaya kerana reka bentuknya yang sofistikated dan didatangkan dalam pelbagai warna menarik yang mudah untuk disesuaikan dengan busana seharian.

Gabungan inovasi pintar dan rekaan bergaya pelitup muka Callie ini mendapat respon positif daripada pengguna yang mahu tampak cantik dalam apa jua acara walaupun mengenakan pelitup muka.

Paling penting, pelitup muka Callie turut diperakuai dan memperoleh penandaan MS Sirim daripada Sirim Qas International Sdn Bhd.

Image

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2022 @ 3:14 PM