Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi mengetuai majlis pelancaran pusat perkhidmatan dan akademi LG pertama di Malaysia.
Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi mengetuai majlis pelancaran pusat perkhidmatan dan akademi LG pertama di Malaysia.
Syamirul Hakimi Ismail

Kuala Lumpur: Jenama peralatan terkemuka, LG Electronics (M) Sdn Bhd melancarkan Pusat Perkhidmatan dan Akademi LG yang pertama di Malaysia, baru-baru ini. 

Pusat perkhidmatan yang terletak di Sungai Besi ini berfungsi sebagai bilik pameran untuk pelanggan melihat dan merasai sendiri kualiti rangkaian produk LG dengan lebih baik sebelum membeli.

Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi berkata, tujuan utama Pusat Perkhidmatan dan Akademi LG ini ditubuhkan di Malaysia adalah sebagai tanda komitmen mereka untuk memenuhi keperluan pelanggan.

"Selain itu, ini juga  salah satu cara kami meningkatkan kemahiran serta pengetahuan ejen jualan dan juruteknik supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih teliti.

"Bukan itu saja, pusat ini turut menyediakan perkhidmatan pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan yang dapat memudahkan urusan pelanggan,"katanya.

LG sentiasa berikan yang terbaik

LG Malaysia juga merancang untuk mengembangkan Pusat Perkhidmatan dan Akademi mereka di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Dengan adanya pusat perkhidmatan seperti ini pelanggan kini boleh berkunjung pada bila-bila masa untuk mengetahui dengan lebih lanjut produk LG  atau menggunakan perkhidmatan servis mereka.

Katanya,  LG Malaysia sangat mementingkan kualiti produk keluaran mereka agar kepuasan pelanggan terjamin.

"Tidak salah berbelanja lebih untuk sesuatu yang berkualiti kerana ia juga merupakan satu investasi jangka masa panjang,"katanya.

Sentiasa mempunyai perspektif pandang kehadapan, LG Malaysia tekad untuk mengembangkan rangkaian perkhidmatannya bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.

Inisiatif ini  sebahagian daripada strategi LG Malaysia untuk mengukuhkan kehadiran pasaran sambil menyediakan perkhidmatan yang lebih meluas untuk memenuhi permintaan dan jualan yang kian meningkat. 

LG Malaysia sediakan perkhidmatan sewaan

LG Malaysia ada memperkenalkan program dimana mereka membolehkan pengguna untuk menyewa peralatan rumah yang dikenali sebagai LG "Rent-Up".

Program ini menawarkan fleksibiliti dan kemudahan kepadan pengguna untuk memiliki peralatan rumah pintar LG pada harga yang sangat berpatutan.

Pengguna kini boleh menyewa produk LG dengan tempoh langganan lima hingga tujuh tahun.

Klik sini untuk mengetahui maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2024 @ 12:24 PM