SAJAT (kanan) sudah nyahaktif akaun Instagram.
SAJAT (kanan) sudah nyahaktif akaun Instagram.
Wartawan Harian Metro

am.hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau popular disapa Nur Sajat terus menghilangkan diri daripada 'radar' apabila gagal dikesan pihak berkuasa dan media tempatan.

Usaha Harian Metro menghubungi Sajat untuk mendapatkan komen berhubung kontroversi demi kontroversi yang terpalit atas dirinya tidak berjaya apabila mesej dan panggilan tidak dijawab.

Malah menerusi tinjauan di akaun media sosial, Sajat dilihat menyahaktifkan akaun Instagram miliknya.

Sajat kini diburu pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas dikenakan waran tangkap tanpa jaminan kerana gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya, Selasa minggu lalu.

Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan pengakuan usahawan kosmetik berusia 36 tahun itu seolah-oleh berniat menukar agama.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh video itu dimuat naik sama ada, ia video baharu atau lama.

Video berdurasi 1 minit 48 saat tular di media sosial memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 5:33 PM