SAJAT menghilang. FOTO Bernama
SAJAT menghilang. FOTO Bernama
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Selepas mengeluarkan video kontroversi mendakwa mahu keluar Islam, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau popular disapa Nur Sajat tampil dalam video terbarunya.

Video itu menjadi tanda tanya berikutan ketika ini Sajat menjadi buruan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan tiada siapa tahu keberadaan usahawan kosmetik itu.

Menerusi video yang dimuatnaik semalam di Instagram (IG), Sajat mengatakan dia dalam keadaan baik sebelum mempromosikan produk perniagaannya.

"I okey, I okey sangat," katanya berulang kali sebaik ditanya pengikutnya.

Menerusi IG itu, rata-rata pengikutnya bertanyakan mengenai kesihatannya dan dia menjawab sihat tetapi kini selesema.

Sebelum ini, video kontroversi Sajat tular di media sosial mengenai pengakuan lelaki berusia 36 tahun itu seolah-oleh berniat menukar agama.

"Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.

"Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu)," katanya dalam video itu.

Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Sumber memberitahu, Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah terbabit.

Sajat dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di tempat lain bagi mengelak dikesan Jais.

Menurut sumber, penguat kuasa kini berusaha menjejaki Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di Lembah Klang.

Berita berkaitan:

  • Jais, polis teruskan cari Muhammad Sajjad
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 12:22 PM