LETITIA WRIGHT
LETITIA WRIGHT
Agensi

London: Segelintir warganet meminta pelakon Letitia Wright, 27, diganti orang lain untuk membintangi sekuel popular, Black Panther selepas kontroversi membabitkannya di laman maya.

Ia susulan Letitia berkongsi video konspirasi anti-vaksin Covid-19 yang mendakwa vaksin bakal disuntik itu mengandungi implan antena.

Disebabkan pandangan peribadinya itu, warganet mengecamnya dan mereka mahu watak Shuri lakonannya diganti pelakon lain dalam sekuel filem itu.

Menariknya, Letitia bahkan memberi tanda suka kepada ciapan di Twitter yang menyarankan dia diganti dengan pelakon lain.

Penerbit filem itu, Marvels Studios dan pemiliknya, Disney bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi serta permintaan untuk Letitia diganti.

Watak Shuri dilaporkan bakal ditonjolkan sebagai watak utama selepas kematian bintang utamanya, Chadwick Boseman, awal tahun ini. Penggambaran sekuel baharunya dijadualkan bermula pada Julai 2021.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 10:43 AM