WRIGHT dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran filem Black Panther: Wakanda Forever.
WRIGHT dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran filem Black Panther: Wakanda Forever.
Najiy Jefri


Bintang filem Black Panther, Letitia Wright sudah bersedia menjalin hubungan percintaan dengan mana-mana lelaki.

Wright berkata, dia kini menanti jejaka yang tepat untuk menjadi teman hidupnya.

"Percintaan adalah satu detik indah dalam kehidupan. Saya sanggup menanti cinta sebenar. Saya akan menunggu dan membuka pintu hati kepada seseorang yang tepat serta sempurna," katanya.

Bagaimanapun, Wright menolak untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki menerusi aplikasi 'dating'.

"Saya tidak begitu mengetahui kehidupan di dunia aplikasi dating, tapi saya ada kawan yang menggunakan aplikasi itu untuk mencari teman.

"Sejujurnya saya sangat menghormati pilihan yang mereka lakukan itu," katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran Black Panther: Wakanda Forever.

Bagaimanapun, baru-baru ini Wright dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran filem itu.

Black Panther: Wakanda Forever sedang menjalani penggambaran di Boston, Amerika Syarikat.

Difahamkan kecederaan yang dialami Wright tidak mengganggu jadual penggambaran filem terbabit.

Menerusi filem Black Panther pada 2018, Wright membawa watak Shuri, seorang wanita genius dan adik perempuan T'Challa atau Black Panther.

Wright juga pernah muncul dalam filem Marvel Cinematic Universe seperti Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame.

Penggambaran Black Panther: Wakanda Forever arahan Ryan Coogler sudah mula dijalankan sejak Jun lalu dan dijangka menemui penonton pada 8 Julai tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Ogos 2021 @ 6:44 AM