Letitia ditimpa kemalangan ketika melakukan babak lasak
Letitia ditimpa kemalangan ketika melakukan babak lasak
Agensi

Boston: Pelakon Letitia Wright, 27, ditimpa kemalangan ketika melakukan babak lasak dalam penggambaran filem Black Phanter: Wakanda Forever, semalam.

Menurut jurucakap Marvel Studios, Wright terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun bersyukur kecederaannya tidak teruk.

"Letitia mengalami cedera ringan hari ini (semalam) sewaktu penggambaran aksi lasak untuk Black Phanter: Wakanda Forever. Dia menerima rawatan di sebuah hospital," kata jurucakap itu semalam.

Difahamkan, Wright sudah dibenarkan keluar hospital selepas dirawat.

Insiden itu juga dilaporkan tidak menjejaskan jadual penggambaran filem berkenaan.

Wright terus diberikan kepercayaan untuk memegang watak Shuri dalam sekuel filem adiwira arahan Ryan Coogler itu.

Ia turut dibintangi Danai Gurira, Daniel Kaluuya, Winston Duke, Lupita Nyong'o, Florence Kasumba, dan Angela Bassett.

Black Phanter : Wakanda Forever dijangka akan ditayangkan pada 8 Julai tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Ogos 2021 @ 12:59 PM