FILEM

ANTARA filem yang menanti untuk ditayangkan menjelang 2020 adalah 21 Bridges lakonan Chadwick Boseman, Taylor Kitsch, Sienna Miller, Stephen James, JK Simmons dan ramai lagi.

Boseman tidak perlu diperkenalkan lagi memandangkan namanya sudah cukup dikenali menerusi watak Black Panther.

Dalam filem 21 Bridges, Boseman memegang peranan sebagai Detektif Andre Davis yang berdepan situasi jenayah besar membabitkan kematian beberapa pegawai polis dan juga perompak dadah bersenjata.

Sejujurnya, 21 Bridges mungkin nampak tidak jauh beza dengan filem aksi jenayah lain yang pernah diterbitkan.


Namun, ia masih lagi menampilkan kelainan dari segi ‘plot twist’.

Dari segi aksi, 21 Bridges adalah filem sarat dengan aksi yang benar-benar banyak bermain dengan tembakan dan darah.

Perjalanan dari satu babak ke satu babak adalah kuat dan pantas.

Garapannya sangat baik hinggakan penonton tidak perlu menunggu lama untuk menantikan perkembangan babaknya.

Berbalik kepada ‘plot twist’ yang dipaparkan dalam filem ini, mungkin ada yang boleh menjangkakannya dan mungkin juga ada yang tak dapat menghidunya.

Selain itu, 21 Bridges juga menyampaikan mesej mengenai jenayah yang berlaku dalam dunia kepolisan terutamanya yang berkaitan dengan rasuah.


FILEM: 21 Bridges

ARAHAN: Brian Kirk

PELAKON: Chadwick Boseman, Taylor Kitsch, Sienna Miller, Stephen James dan JK Simmons

GENRE: Aksi jenayah

TAYANGAN: 2 Januari 2020

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 5:01 AM