kKemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, tengah malam tadi. FOTO Ihsan Bomba
kKemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, tengah malam tadi. FOTO Ihsan Bomba
Nor Fazlina Abdul Rahim

Kuala Krai: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer (KM) Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Bukit Ah Kim di sini, tengah malam tadi disahkan meninggal dunia.

Samsiah Man yang berusia lingkungan 60-an meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai ketika menerima rawatan pada 1.50 pagi.

Samsiah adalah penumpang kenderaan Ford Ranger yang dalam perjalanan pulang beraya dari Rantau Panjang ke Gua Musang.

Terdahulu, tiga dilaporkan maut, manakala lima parah dalam kemalangan pada 12.50 tengah malam membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Ford Ranger.

Mangsa yang dilaporkan maut di tempat kejadian itu adalah dua lelaki dan seorang wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 2:54 PM