PEMINAT tidak lepaskan peluang bergambar dengan Elfira Loy.
PEMINAT tidak lepaskan peluang bergambar dengan Elfira Loy.
Syafil Syazwan Jefri

Gegaria Fest yang berlangsung di pekarangan Bulatan Amanjaya, Meru, Ipoh, kelmarin membuka peluang kepada pengunjung mendekati selebriti terkemuka tanah air.

Tidak setakat itu, pengunjung turut berpeluang melakukan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khas untuk golongan belia.

Lokasi Gegaria Fest keempat ini juga menyaksikan beberapa wajah baru dalam senarai selebriti yang tampil membuat kemunculan antaranya, Ramona Zam Zam.

Menurut pelakon itu, dia teruja melihat kehadiran pengunjung yang tidak mengalah kepada cuaca panas.

KUGIRAN Masdo mendapat sorakan dan tepukan gemuruh
KUGIRAN Masdo mendapat sorakan dan tepukan gemuruh

“Walaupun keadaan di tapak acara berlangsung sangat panas, namun itu tidak menghalang pengunjung terus hadir dan melakukan pelbagai aktiviti.

“Saya sendiri teruja kerana berpeluang mendekati mereka di samping berkongsi pelbagai maklumat mengenai gaya hidup dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, Gegaria Fest kali ini juga menyaksikan SonaOne yang tampil membuat persembahan di acara kemuncak, Konsert #GoGegaria.

Menurut SonaOne, Ipoh adalah bandar raya kegemarannya dan ini juga kali pertama dia tampil membuat persembahan di Gegaria Fest.

“Ini juga kali pertama saya membuat persembahan di Ipoh. Saya sukakan Ipoh kerana tempatnya menarik dengan nilai seni bina lama yang unik.

“Ketika konsert, saya persembahkan tiga lagu iaitu No More, Hakeleh dan Firefly. Memang mengejutkan apabila saya lihat semua pengunjung menyanyi bersama saya,” katanya.

Selain itu, Gegaria Fest mengekalkan beberapa selebriti yang sebelum ini pernah tampil sebagai penampilan khas dan membuat persembahan antaranya Faizdickie dan Nabila Razali.

BUNKFACE
BUNKFACE

Bagi Faiz, kehadirannya ke Ipoh kali ini amat bermakna kerana ia kehadiran yang berbeza berbanding sebelum ini.

“Sebelum ini, saya datang ke sini untuk bercuti bersama teman. Tapi, kali ini, ia lebih bermakna kerana saya turut berpeluang berkongsi ilmu dengan masyarakat setempat,” katanya.

Nabila yang popular menerusi lagu Pematah Hati pula berkata, dia berterima kasih kepada pihak penganjur kerana percaya akan bakatnya.

BITTERSWEET
BITTERSWEET

“Kali pertama saya hadir sebagai penampilan istimewa di slot tutorial cara pemakaian hijab.

“Ini kali ketiga saya bersama Gegaria Fest dan alhamdulillah, kali ini saya berpeluang membuat persembahan,” katanya.

Konsert #GoGegaria yang berlangsung pada jam 9 malam dihangatkan dengan kehadiran lebih 25,000 pengunjung.

Selain SonaOne, pengunjung dihiburkan dengan persembahan Noh Salleh, Kugiran Masdo dan Bunkface. Konsert berkenaan dihoskan penyampai Hot FM iaitu Ammar dan Deen.

BUNKFACE
BUNKFACE

Ia turut menyaksikan kemunculan maskot watak Ejen Ali yang mencuri tumpuan penonton.

Selain konsert, Gegaria Fest juga menyajikan pelbagai aktiviti menarik di beberapa zon iaitu Zon Makan-Makan, Zon Throwback Tunnel, Zon Gaya Hidup, Zon Komuniti dan Zon Hiburan GegaRia.

GegaRia Fest sebelum ini diadakan di Kuantan, Pahang diikuti Pusat Pameran & Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur pada 31 Mac ini.

KUGIRAN Masdo.
KUGIRAN Masdo.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Mac 2018 @ 2:50 AM