LISA    bersama produk terapi rambut di Lisa Hair Saloon Bandar Saujana Putra.
LISA bersama produk terapi rambut di Lisa Hair Saloon Bandar Saujana Putra.
Hajar Umira Md Zaki

Kuala Lumpur: Lisa Hair Saloon komited memberikan perkhidmatan terbaik dan bakal meluaskan operasi di Singapura dan Brunei pada awal tahun hadapan.

Malah, ia juga meneruskan konsep ruang berasingan bagi lelaki dan wanita untuk keselesaan pelanggan.

Pengasasnya, Lisa Khairudin berkata, sejak penubuhan Lisa Hair Saloon pada 2009, beliau dapat melihat banyak peningkatan sepanjang menjalankan perniagaan penjagaan rambut.

"Kami bermula di sini dengan hanya dua kerusi dan kini mempunyai dua lot kedai di Bandar Saujana Putra, Bangi.

"Kami juga menempatkan ruang khas untuk khidmat penjagaan rambut bagi Muslimah dan satu lot lagi dikhususkan untuk pelanggan lelaki.

"Alhamdulillah, setakat ini di Lisa Hair Saloon kami menerima pelbagai maklum balas positif daripada pelanggan sehingga ada yang berbelanja mencecah ribuan ringgit untuk perkhidmatan kami," katanya.

Menurutnya, pihaknya kini mempunyai lapan pekerja mahir dalam aspek penjagaan dan dandanan rambut bagi memastikan kepuasan hati pelanggan.

Lisa berkata, kebanyakan pelanggan datang ke salun untuk meluruskan rambut dan membuat rawatan seperti rambut gugur atau kelemumur.

"Kami di Lisa Hair Saloon mengambil inisiatif mengeluarkan produk penjagaan rambut, Lisa Hair Care.

"Antara produk keluaran Lisa Hair Care adalah syampu, tonik, serum dan juga rawatan mask rambut berasaskan coklat.

"Produk kami mengandungi bahan organik seperti minyak argan dan minyak kelapa dara.

Katanya, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, pihaknya bakal membuka cawangan terbaru di Shah Alam dalam masa terdekat.

Usahawan PKS dijemput menyertai komuniti sokongan perniagaan dan mendaftar sebagai AhliUSB di www.omniausb.com.my atau hubungi 013-7172858.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Disember 2021 @ 7:10 AM