RUBAMA (tengah) memantau kakitangannya melakukan kerja di Elfie Beauty Spa. - Gambar NSTP/HAZREEN MOHAMAD
RUBAMA (tengah) memantau kakitangannya melakukan kerja di Elfie Beauty Spa. - Gambar NSTP/HAZREEN MOHAMAD
Oleh Hajar Umira Md Zaki

ELFIE Beauty akan terus memberi tumpuan dalam menawarkan rawatan kecantikan berkesan pada harga berpatutan bagi memberi peluang lebih ramai wanita tampil yakin.

Pengasas Elfie Beauty, Rubama Arpan berkata, pihaknya menawarkan harga promosi setiap minggu untuk rawatan terpilih.

Katanya, inisiatif dilakukan Elfie Beauty itu bagi memastikan perniagaan terus mendapat sambutan daripada pelanggan.

"Semua sektor spa dan kecantikan baru dibenarkan beroperasi dan kami akui agak terjejas akibat pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun pelanggan mempercayai perkhidmatan Elfie Beauty.

"Memandangkan setiap minggu kami mengadakan promosi, ada pelanggan yang sentiasa ternanti-nanti pakej yang kami tawarkan.

"Kebanyakan pelanggan membuat pakej rawatan buang bulu roma secara kekal, rawatan muka berjerawat dan bermasalah serta urutan wajah," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, buat masa ini pihaknya mempunyai satu cawangan Elfie Beauty dan memfokus terhadap cawangan sedia ada biarpun mempunyai permintaan dari negeri lain.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya akan mempelbagaikan perkhidmatan kecantikan seperti rawatan kuku tangan dan kaki.

"Kami juga mengehadkan lapan pelanggan sahaja sehari dan pekerja Elfie Beauty semuanya terlatih serta berpengalaman dalam rawatan.

"Selepas sektor spa kecantikan ini dibuka, kami melihat terdapat peningkatan jumlah pelanggan dan tahun depan kami menyasarkan pertumbuhan jualan kira-kira 30 peratus berbanding tahun ini," katanya.

Usahawan PKS dijemput menyertai komuniti sokongan perniagaan dan mendaftar sebagai AhliUSB di www.omniausb.com.my atau hubungi 013-717 2858.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Oktober 2021 @ 7:10 AM