NORJANA menunjukkan sebahagian produk iCara yang ditawarkan.
NORJANA menunjukkan sebahagian produk iCara yang ditawarkan.
Oleh Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Pengeluar produk makanan tambahan keluaran AMJ Rich Health and Beauty Resources, iCara merancang menambah empat lagi cawangan pada tahun ini bagi mengukuhkan perniagaan di pasaran tempatan.

Pengasasnya, Norjana Aruon berkata, ini adalah tahun ketiga iCara berada di pasaran selepas ditubuhkan ketika awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

"Alhamdulillah cawangan pertama kami dibuka di Melaka dan seterusnya kami merancang untuk menambah empat lagi di Johor, Terengganu, Selangor dan Perak pada tahun ini.

"Pada awalnya, iCara bermula dengan saya seorang sahaja dan kini berkembang sehingga hampir 3,000 ejen dan enam pekerja bersama iCara.

"Melihat kepada perkembangan ini, kami juga bercadang untuk mempunyai 7,000 ejen dalam masa lima tahun," katanya.

Menurutnya, pihaknya mengehadkan kemasukan ejen bagi membolehkan perhatian diberi secukupnya bagi membantu ejen menjana pendapatan bersama mereka.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak mengenakan sebarang bayaran yuran untuk penyertaan sebagai ejen.

Berkongsi kejayaan ejen iCara, Norjana berkata, ada antara ejen iCara dapat menjana pendapatan sehingga dua kali ganda daripada gaji pekerjaan tetap serta dapat membeli rumah dan kereta.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga kini iCara mempunyai sembilan rangkaian produk yang memfokuskan kepada penjagaan kesihatan lelaki dan wanita.

Ia termasuk iCara Kiwi Gold, iCara Rahsia Puteri, iCara Rahsia Uda dan Dara, iCara Vitamin C dan beberapa produk penjagaan kulit.

"Kami menggunakan buah camu-camu sebagai bahan utama dalam produk iCara yang mengandungi sumber vitamin C yang tinggi.

"Produk kami dikeluarkan di kilang yang mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan mendapat pengesahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Usahawan PKS dijemput sertai komuniti sokongan perniagaan dan mendaftar sebagai AhliUSB di www.omniausb.com.my atau hubungi 013-7172858.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 January 2022 @ 7:03 AM