KEDAI konsep baru Aveda memberi pengalaman menyeronokkan.
KEDAI konsep baru Aveda memberi pengalaman menyeronokkan.
KEDAI konsep baru Aveda memberi pengalaman menyeronokkan.
KEDAI konsep baru Aveda memberi pengalaman menyeronokkan.
KAKITANGAN Aveda melihat keadaan rambut pelanggan sebelum mencadangkan rawatan atau produk sesuai.
KAKITANGAN Aveda melihat keadaan rambut pelanggan sebelum mencadangkan rawatan atau produk sesuai.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Kunjungan ke salun atau rangkaian penjagaan rambut kebiasaannya bagi mendapatkan produk, perawatan atau memotong rambut.

Jarang kita dengar perkhidmatan seumpama itu memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada pelanggan mengenai cara penggunaan mahupun penggayaan terbaik mengikut gaya aliran terkini.

Namun, pengalaman unik itu dapat dirasai di salun Aveda berkonsep terbaru di Pavilion, Kuala Lumpur. Evolusi baru Aveda yang dipanggil Pusat Pengalaman Aveda menawarkan ritual percuma bagi meredakan tekanan dan rawatan kulit, pendidikan pengguna serta sensitiviti deria termasuk pemandangan, bunyi dan aroma yang mengagumkan buat pelanggan.

Naib Presiden Kanan Pemasaran Global Aveda, Marianne Knutson berkata, konsep perniagaan baru itu bukan dibina menerusi perniagaan, sebaliknya pengalamannya mengunjungi salun sebelum ini mendapati tiada bantuan buat pelanggan mencari produk sesuai.

“Seluruh reka bentuk kedai baru itu berasaskan pengalaman, manakala semua produk kami boleh didapati di sini menjadikan ia pusat untuk anda mencari dan mencuba, malah menjangkau jauh di luar ruang runcit,” katanya ketika majlis pelancarannya, baru-baru ini.

Salun berkonsep Aveda menampilkan enam zon pengalaman apabila pengguna boleh merasai perjalanan melalui kawasan berbeza berdasarkan minat mereka.

Ia termasuk penjagaan rambut (lelaki dan wanita), kecantikan (penjagaan kulit) dan penjagaan badan.

Kedai konsep baru ini yang kedua di Asia selepas Ngee Ann City, Singapura. Pelanggan boleh merasai pengalaman dan cara sebenar penggunaan produk.

Rekaan unit kedai berkaca di depan, manakala lakaran salun dibuat secara terbuka bagi membolehkan pengguna bersiar-siar membeli produk diminati atau berlegar dan mengambil bahagian dalam semua pengalaman ditawarkan di kedai ini.

Pengguna juga boleh menikmati pelbagai percubaan, sama ada persendirian atau melalui tutorial gaya rambut oleh penasihat yang diterajui di Zon Pengalaman Seni Rambut atau menerusi aroma perjalanan deria dan ritual kesihatan.

Knutson berkata, pelanggan juga boleh meminta penasihat membuat gaya peribadi khusus untuk dirinya dan mendapatkan penggayaan rambut terbaik oleh penasihat Aveda yang berpengalaman.

“Semua percuma dan kami hanya mahu membantu anda belajar cara untuk menggayakan rambut anda sendiri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 11:39 AM