CARYN (empat dari kiri) dan Pengerusi Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah Asral Widad Ahmad Asnawi (empat kanan) bersama rakan selebriti Watsons, Sasha Saidin, Fiqrie, Kit Mah dan Arja Lee.
CARYN (empat dari kiri) dan Pengerusi Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah Asral Widad Ahmad Asnawi (empat kanan) bersama rakan selebriti Watsons, Sasha Saidin, Fiqrie, Kit Mah dan Arja Lee.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my


Watsons Malaysia menerusi tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) mengadakan Kempen #MisiIkhlasAidilfitri sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Kempen yang bermula 15 Mei hingga 2 Julai ini adalah tanda keprihatinan syarikat peruncit produk kecantikan dan kesihatan itu terhadap golongan kurang bernasib baik.

Watsons Malaysia memilih untuk bekerjasama dengan Pusat Penjagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah, Bangi, Selangor bagi menjayakan kempen yang julung kalinya diadakan.

Pusat berkenaan menjadi tempat tinggal dan penjagaan kepada 60 warga emas wanita.

Kempen itu menggalakkan sesiapa saja berkongsi misi mereka di media sosial seperti Facebook atau Instagram) berserta #MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia.

CARYN beramah mesra dengan warga emas.
CARYN beramah mesra dengan warga emas.

Pengurus Besar Watsons Malaysia Caryn Loh berkata, menerusi kempen itu Watsons Malaysia kemudiannya mendermakan 200 mata ganjaran (bersamaan RM1) kepada pusat jagaan terbabit bagi setiap tanda pagar.

“Pada akhir kempen nanti, pusat ini boleh menebus semua jumlah mata terkumpul dalam nilai tunai untuk membeli produk di Watsons Malaysia.

“Langkah ini dapat membantu meringankan beban dan mengurangkan kos perbelanjaan pusat berkenaan,” katanya ketika berucap pada majlis terbabit.

Beliau berkata, kempen itu juga membawa mesej yang mengingatkan anak muda supaya menghargai warga emas di samping membuat kebaikan dengan ikhlas.

Selain itu, Watsons Malaysia turut menayangkan filem pendek Misi Ikhlas Aidilfitri yang memaparkan kepentingan bersikap baik dan ikhlas terhadap diri sendiri serta orang lain.

CARYN menghulurkan duit raya kepada warga emas.
CARYN menghulurkan duit raya kepada warga emas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Jun 2018 @ 12:32 PM