PERASMIAN Watsons Taman Daya, Johor Bahru.
PERASMIAN Watsons Taman Daya, Johor Bahru.

Kuala Lumpur: Watsons Malaysia mengorak langkah meluaskan rangkaiannya melalui pembukaan cawangan baharu Watsons di Taman Daya, Johor Bahru dengan menampilkan konsep gaya hidup dan inovatif terkini.

Watsons Taman Daya (TD) itu dijangka memenuhi keperluan pelanggan dan masyarakat bukan sahaja di Johor Bahru, malah negara jiran, Singapura.

Peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia itu turut bekerjasama dengan ZUS Coffee dengan memperkenalkan kedai pertama dan perkhidmatan pandu lalu ZUS Coffee di cawangan itu.
Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, pihaknya komited menawarkan pengalaman membeli-belah terbaik kepada pelanggan dan dengan kerjasama ZUS Coffee.

Katanya, ia permulaan luar biasa tahun ini.

"Negara berada di fasa endemik dan kita sentiasa berharap untuk menyediakan pengalaman produk dan perkhidmatan sektor runcit yang inovatif untuk ahli dan pelanggan kami.

"Dalam tempoh 28 tahun, Watsons berkembang kepada lebih 650 kedai di Malaysia dan berkembang mengikut peredaran masa," katanya.

Watsons TD Centra itu berkeluasan 4,865 kaki persegi dan menggabungkan konsep bahan mesra ekologi dan teknologi canggih dalam memacu O+O (Offline plus Online) di kedai baharu ini.

Ia menyediakan pelanggan pengalaman beli-belah dari satu saluran ke saluran lain sambil menjanjikan lebih banyak inovasi dan kemampanan pilihan dalam kedai, penawaran produk dan perkhidmatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2022 @ 7:01 AM