Mazizul Dani

Petaling Jaya: Dalam mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, kita memerlukan makanan kesihatan tambahan untuk membantu menyokong sistem tubuh badan.

Bagi pelanggan setia Watson, anda cukup bertuah kerana peruncit antarabangsa terbesar di Asia dan Eropah menerusi segmen kesihatan dan kecantikan itu sentiasa ke hadapan dalam perkara ini.

Watsons bersama rakan niaga lain hari ini memperkenalkan inisiatif #GETACTIVE untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan meletakkan rangkaian itu sebagai tempat beli belah ideal untuk barangan kesihatan dan kecantikan.

Pengurus Besar Watson Malaysia, Caryn Loh berkata, dengan kempen ini, Watsons mahu menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat menerusi lebih banyak kerjasama dengan rakan peniaga.

"Saya harap kempen ini mampu menghubungkan kami dengan pelanggan kerana mahu Watsons bukan saja sinonim dengan aspek kecantikan tetapi juga aspek kesihatan.

"Kami mahu bekerjasama dengan lebih banyak rakan niaga supaya dapat tampil dengan ganjaran yang lebih baik seterusnya menarik lebih ramai pelanggan," katanya pada Majlis Pelancaran #GETACTIVE di sebuah pusat beli belah di sini.

Watsons turut memperkenalkan duta #GETACTIVE iaitu atlet wanita seni bela diri campuran pertama Malaysia, Ann Osman, pelakon Lena Lim, jurulatih kecergasan, Kit Mah dan pengulas sukan, Mark O'dea.

Pada majlis pelancaran itu, Watsons turut memperkenalkan Kad VIP Watsons baru yang menawarkan lapan ganjaran ekslusif lebih baik.

Antaranya keahlian seumur hidup, tawaran istimewa di lebih 1,000 cawangan rakan niaga, raih satu mata bagi setiap RM1 yang dibelanjakan dan lima kali ganda mata ganjaran semasa bulan kelahiran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2017 @ 8:51 PM