Yusliza Yakimir Abd Talib

Rangkaian kedai runcit kesihatan dan kecantikan terkemuka Asia, Watsons Malaysia melancarkan ulang tahun kelapan kad keahliannya dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk pelanggan setia.

Antara ganjaran utama yang menanti termasuk dua kereta untuk pelanggan bertuah sepanjang kempen Jualan Ahli ‘Syok’ bermula 4 September hingga 1 Oktober depan.

Pengarah Urusannya Caryn Loh berkata, sepanjang kempen itu ahli Watsons dapat menikmati diskaun sehingga 50 peratus selain peluang merebut dua kereta Mazda CX-5 dalam pertandingan Switch.Save.Win Mazda CX-5.

Sebagai bonus juga, katanya, setiap ahli Watsons yang membelanjakan RM50 ke atas akan mendapat Kupon Syok bernilai RM500 dengan ganjaran perayaan ulang tahun ganjaran.

“Untuk peluang memenangi hadiah utama, anda hanya menjadi ahli Watsons dan membelanjakan RM50 ke atas pada produk jenama Watsons untuk satu entri, atau entri berganda dengan berbelanja jenama yang mengambil bahagian, manakala ahli Elite akan mendapat 10 entri untuk penyertaan.

“Program kesetiaan pelanggan kami terus berkembang dan berinovasi sepanjang tahun dengan faedah keahlian bukan saja terus memberi tawaran dan promosi istimewa di dalam kedai malah diskaun, dan ganjaran tapi merangkumi pengalaman gaya hidup Watsons sendiri,” katanya.

Menurut Caryn, keahlian Watsons Elite yang dilancarkan awal tahun ini adalah program ganjaran premium yang menyediakan keistimewaan eksklusif bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah ke peringkat seterusnya.

CARYN (kiri) bersama Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia Danny Hoh pada pelancaran ulang tahun kelapan kad ahli Watsons.
CARYN (kiri) bersama Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia Danny Hoh pada pelancaran ulang tahun kelapan kad ahli Watsons.

Beberapa kelebihan keahlian Watsons Elite termasuk memperoleh lima kali mata apabila membeli mana-mana produk jenama Watsons dan boleh mendapat 10 kali mata apabila membuat pembelian pertama di mana-mana kedai Watsons semasa bulan hari lahir.

Di samping itu, ahli Elite juga akan menikmati penghantaran bulanan secara percuma jika berbelanja secara dalam talian di Watsons pada pembelian dalam talian pertama setiap bulan.

“Manfaat lain keahlian ini termasuk promosi bulanan khas yang hanya ditawarkan kepada ahli Elite dan jemputan khas hanya untuk ahli ke acara Watsons.

“Bagi mereka yang belum menjadi ahli tetapi rasa rumit untuk membawa kad bersama, kini Watsons menawarkan kad maya bagi membolehkan ahli menikmati faedah daripada Watsons tanpa membawa kad,” katanya.

Ganjaran selamat datang baucar Watsons bernilai RM300 dan kupon ganjaran bernilai RM5,000 dan pelbagai manfaat Watsons lain turut menanti ahli baru yang mendaftar kad Watsons.

Dalam pada itu, Watsons sekali lagi akan menganjurkan pesta kecergasan #Get Active Fest pada 27 Oktober ini bagi menarik orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat.

Ia selari dengan usaha Watsons yang sentiasa berusaha menjalankan kempen memperkasakan kesihatan dan kecantikan setiap rakyat.

Program yang akan berlangsung di Setia Alam, Selangor itu akan bermula dengan aktiviti yoga di taman dan berakhir dengan Move Your Body with Zumba pada sebelah petang.

Selain itu pelbagai aktiviti dianjurkan untuk seisi keluarga antaranya cabaran kecergasan, bengkel memasak, permainan keluarga, bazar makanan dan banyak lagi.

Tiket akan dijual di cawangan Watsons di Lembah Klang bermula 4 September pada harga RM30 termasuk kemeja T, beg, gelang silikon, baucar RM10 Watsons dan penyertaan aktiviti.

PELBAGAI ganjaran menarik menanti ahli.
PELBAGAI ganjaran menarik menanti ahli.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 September 2018 @ 12:15 PM