PAMERAN menarik perhatian semua tetamu kehormat.
PAMERAN menarik perhatian semua tetamu kehormat.
Oleh Nor Hanisah Kamaruzaman

Pameran seni bina landskap yang diadakan School of Interior Design, The One Academy, Sunway, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini menarik perhatian.

Bertemakan ‘The Swiss Touch in Landscape Architecture’ pameran berlangsung selama lima hari.

Ia sempena ‘Creative October’ dan antara inisiatif tahunan fakulti berkenaan bagi mempromosikan kreativiti melalui reka bentuk serta seni bina.

Lebih menarik kerana fakulti berkenaan turut berkolaborasi dengan kedutaan Switzerland dalam penganjuran pameran itu.

Idea itu bermula dari Pro Helvetia, Swiss Art Council yang bertujuan mempamerkan peranan negara berkenaan sebagai perintis dalam seni bina landskap dan meningkatkan kesedaran ramai.

Apatah lagi pameran itu disempurnakan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Switzerland Rolf Ott, Ketua School of Interior Design The One Academy Dr Eric Leong, serta Pengasas dan Pengetua The One Academy Tatsun Hoi.

Menurut Rolf, suasana seni bina dan landskap semasa mengetengahkan penggunaan ruang hijau dalam projek serta pinggir bandar melalui penciptaan taman.

Pameran berkenaan juga turut menggalakkan kebiasaan penggunaan ruang hijau dalam kalangan pelajar ‘Interior Architecture & Design’ dan masyarakat negara ini.

Sebanyak 36 panel dan tiga filem pendek berkenaan seni bina Switzerland dipamerkan.

Ia bukan saja memfokuskan kepada reka bentuk malah merangkumi pelbagai aspek kemampanan ekologi.

Maklumat lanjut The One Academy sila layari www.toa.edu.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 5:00 AM