SENTUHAN idea daripada landskap arkitek Enzo Enea dengan bantuan Oppenheim Architecture + Design (OAD).
SENTUHAN idea daripada landskap arkitek Enzo Enea dengan bantuan Oppenheim Architecture + Design (OAD).
PERSEKITARAN hijau dengan gabungan binaan manusia.
PERSEKITARAN hijau dengan gabungan binaan manusia.
PELBAGAI karakter pokok di Tree Museum dan ada yang berusia lebih 100 tahun.
PELBAGAI karakter pokok di Tree Museum dan ada yang berusia lebih 100 tahun.
POKOK unik ‘berdindingkan’ binaan simen batu.
POKOK unik ‘berdindingkan’ binaan simen batu.
Hartini Mohd Nawi


Tree Museum di tebing Lake Zurich, Switzerland ini menggabungkan landskap, taman botani, seni bina dengan reka bentuk alam semula jadi.

Pada 14 Jun 2010, muzium pokok yang berkeluasan 75,000 meter persegi ini dibuka secara rasmi kepada pengunjung.

Ia bermatlamat memberikan pengalaman paling bermakna kepada pengunjung supaya keindahan alam semula jadi di kawasan itu tidak hanya untuk pameran semata-mata.

Perancangan rapi dalam binaan landskap sempurna itu juga sekurang-kurangnya mendekatkan pengunjung kepada pokok yang jarang ditemui di tempat lain.

Lebih membanggakan muzium ini antara sentuhan idea daripada landskap arkitek Enzo Enea dengan bantuan Oppenheim Architecture + Design (OAD).

Enzo Enea memilih Chad Oppenheim daripada sekumpulan lapan arkitek terkemuka seluruh dunia untuk mereka bentuk ibu pejabat bersama dengan Tree Museum.

Malah ibu pejabat Enzo Enea itu pula bertindak sebagai latar belakang yang sempurna untuk mempamerkan pokok.

Pada masa sama bangunan itu sendiri turut memperlihatkan seni bina mesra alam kerana menggabungkan penggunaan kayu mampan, bumbung hijau dengan pemanasan geoterma serta sistem penyejukkan.

Tree Museum tidak hanya membawa gambaran landskap sekitar abad ke-14, malah pengunjung juga berpeluang mendekati koleksi pokok yang sudah ditanam Enzo Enea 17 tahun lalu. Pasti mengujakan apabila ada pokok yang berusia lebih 100 tahun.

Sebenarnya, pokok berkenaan adalah bahan ‘ekskperimen’ Enzo Enea untuk pelbagai projek sebelum ini hingga tercetusnya idea berkongsi keunikan tanaman berkenaan dengan pengunjung.

Suasana hijau dengan warna-warni daun antara 2,000 pokok dengan penanaman khas kira-kira 50 spesies dari seluruh dunia, berbeza dengan taman lain yang pernah anda kunjungi sebelum ini.

Setiap susun letak pokok dilihat begitu terperinci, sarat dengan mesej alam dan membuktikan persekitaran lebih seimbang serta bermanfaat kepada kita jika lebih menghargainya.

Ada juga pokok yang hidup berhampiran binaan dinding batu pasir seolah-olah bongkah batu dengan skuptur unik yang menjadi lokasi paling popular merakam kenangan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 5:03 AM