HASIL bermakna bagi Dr Cheah diberi tajuk ‘Seaching for Food’.
HASIL bermakna bagi Dr Cheah diberi tajuk ‘Seaching for Food’.
LAKARAN yang menerapkan elemen tempatan seperti suasana kampung.
LAKARAN yang menerapkan elemen tempatan seperti suasana kampung.
ANTARA lakaran Dr Cheah yang menggambarkan landskap di hutan.
ANTARA lakaran Dr Cheah yang menggambarkan landskap di hutan.
‘MY First’ lukisan pertama dihasilkan Dr Cheah pada 1957.
‘MY First’ lukisan pertama dihasilkan Dr Cheah pada 1957.
DR Cheah menandatangani buku yang dihadiahkan kepada penulis.
DR Cheah menandatangani buku yang dihadiahkan kepada penulis.
Oleh Nor Hanisah Kamaruzaman


Teknik lukisan dan kaligrafi Cina, tetapi menampilkan elemen tempatan. Itulah diketengahkan Dr Cheah Thien Soong dalam pameran solonya di Galeri 3A Balai Seni Visual Negara,

Berbeza dengan kebanyakan pameran lukisan lain, hasil seni dihasilkan memaparkan teknik tradisi lukisan dakwat Cina, namun beliau menerapkan budaya dan ciri tempatan dinamakan Lukisan Dakwat Nanyang.

Bagi merungkai tema itu, Dr Cheah menjelaskan, Nanyang sebenarnya bermaksud Asia Tenggara menyebabkan lakaran dihasilkannya tidak sama dengan lukisan dari China.

Beliau yang berasal dari Negeri Sembilan dan mendapat pendidikan di Nanyang Academy of Fine Arts, Singapura, adalah artis berpengalaman dalam bidang seni lukis kaligrafi dan dakwat Cina.

Dr Cheah yang menceburi bidang itu lebih 50 tahun lalu, mula menghasilkan lukisan pada tahun 1957 dan pernah mengadakan pameran solo di 18 negara seperti Singapura, China, Argentina dan Perancis.

Pameran kali ini menampilkan 139 karya seni Dr Cheah yang kebanyakannya menggunakan dakwat Cina di atas kertas beras (rice paper) dan porselin, manakala selebihnya menggunakan cat minyak.

Identiti lakaran Dr Cheah ialah alam semula jadi yang menampilkan unsur landskap serta flora dan fauna. Beliau turut menerapkan elemen budaya tempatan dalam setiap lukisannya seperti wayang kulit dan batik.

Antara yang bermakna bagi Dr Cheah ialah lukisan bertajuk ‘Searching for Food’ yang menampilkan gabungan landskap sawah padi, kolam serta burung bagi mencerminkan keharmonian ekosistem.

S

INFO

PAMERAN CHEAH THIEN SOONG: LUKISAN DAKWAT NANYANG

- Artis: Dr Cheah Thien Soong

- Jumlah karya: 139

- Lokasi: Galeri 3A, Balai Seni Visual Negara, Jalan Temerloh Kuala Lumpur

- Tarikh: Sehingga 4 Oktober

- Waktu pameran: 10 pagi hingga 6 petang

- Telefon: 03-40267000

- Laman web: www.artgallery.gov.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2015 @ 11:05 AM