DR Aini melawat hasil penyelidikan reka bentuk dan senibina pensyarah Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM di Galeri Serdang, baru-baru ini.
DR Aini melawat hasil penyelidikan reka bentuk dan senibina pensyarah Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM di Galeri Serdang, baru-baru ini.
SEBAHAGIAN hasil pemeran mengetengahkan gaya hidup masyarakat moden.
SEBAHAGIAN hasil pemeran mengetengahkan gaya hidup masyarakat moden.
SEBAHAGIAN hasil pemeran mengetengahkan gaya hidup masyarakat moden.
SEBAHAGIAN hasil pemeran mengetengahkan gaya hidup masyarakat moden.
Hartini Mohd Nawi


Pameran Sustainable Tropical Environmental Design Exhibition 2017 (STEdex ‘17) dilihat antara platform pensyarah Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam mengetengahkan hasil serta aplikasi penyelidikan berasaskan reka bentuk dan seni bina.

Naib Canselor UPM Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris berkata bidang reka bentuk dan seni bina perlu menonjolkan keunikan bagi membolehkan fakulti maju dalam bidang berkenaan.

Ia juga membina jaringan kolaborasi bersama rakan industri dan institusi pengajian tinggi dalam serta luar negara.

“Pameran STEdex ‘17 yang diadakan di Galeri Serdang ini turut membuka ruang untuk dikenali pihak luar antaranya kedutaan dan pelawat antarabangsa yang secara tidak langsung meningkatkan visibiliti UPM,” katanya.

Sementara itu, Dekan FRSB Prof Madya Dr Osman Mohd Tahir berkata objektif penganjuran STEdex ‘17 untuk mempamerkan karya kreatif yang dihasilkan pensyarah dan pelajar UPM.

Pada masa sama menggalakkan perdebatan isu masyarakat berkenaan reka bentuk dan seni bina.

“STEdex ‘17 memberi impak kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) fakulti dan UPM dalam penerbitan dalam ‘Chapter in Books’ serta ‘Books’ untuk MyRA.

“Pihak FRSB dalam usaha menaikkan STEdex ke satu tahap untuk mengindexkan STEdex di Malaysia Citation Index (My Cite) sebagai ‘Exhibition Conference,” katanya ketika perasmian pameran itu, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, FRSB UPM bekerjasama Sime Darby Property melalui projek verifikasi dan pengurusan tumbuhan hutan terancam di Malaysia serta menghasilkan buku ‘The Malaysian Rare & Threatened Tree Species Guideline’ terbitan Sime Darby Property.

Ia bagi rujukan arkitek landskap, pengamal dan pelajar untuk meningkatkan biodiversiti bandar serta pemuliharaan warisan semula jadi di negara ini.

Sementara itu, penganjuran STEdex ‘17 yang dijangka berakhir 31 Julai ini bertemakan [Re]Place bertujuan mengetengahkan idea reka bentuk dan seni bina baru melalui pameran berindex.

Di samping mempelopori pameran berasaskan penyelidikan yang berkaitan dengan reka bentuk dan seni bina di universiti berkenaan.

Menariknya pameran itu yang bermula sejak 2009 membabitkan hasil kerja pelajar dan pensyarah FRSB itu.

Melalui penganjuran pameran STEdex pencapaian KPI pegawai akademik dapat ditingkatkan seterusnya membantu sasaran pencapaian fakulti dalam konteks penyelidikan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2017 @ 10:40 AM