PROGRAM Diploma Seni Kulinari Kolej PTPL bakal melengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang berkenaan.
PROGRAM Diploma Seni Kulinari Kolej PTPL bakal melengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang berkenaan.
Oleh Ruhaiza Rusmin
[email protected].

.

Industri hospitaliti dan pelancongan mengalami perkembangan pesat, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Senario ini memberi impak positif kepada segmen perhotelan dan kulinari yang memerlukan tenaga kerja mahir serta dinamik, malah bidang kulinari tidak lagi dipandang remeh, tetapi mendapat pengiktirafan dan dilabel kerjaya profesional yang memerlukan kreativiti.

Bagi melahirkan tenaga kerja menepati kriteria industri, Kolej PTPL menawarkan program Diploma Seni Kulinari menerusi Sekolah Hospitaliti & Seni Kulinari (SCA).

Program ini direka khusus melengkapkan pelajar dengan kemahiran dalam seni masakan serta pengetahuan dan keupayaan mengurus pengeluaran makanan mengikut piawaian antarabangsa.

Kurikulum yang komprehensif bagi memastikan pelajar benar-benar mahir dalam pelbagai aspek teknikal meliputi tatacara penyediaan, pengurusan dan penyelenggaraan makanan.

Pelajar turut dilengkapkan dengan ilmu operasi dapur, pembangunan menu, penyediaan dan teknik persembahan makanan serta pengurusan makanan dan minuman.

Kolej PTPL turut mempraktikkan konsep pembelajaran secara praktikal yang memberi peluang pelajar mengambil bahagian dan menyediakan sajian secara individu. Ini bagi memastikan graduan yang dilahirkan berkualiti, berdisiplin serta mampu bersaing di pasaran kerja.

Mereka yang berminat untuk mengikuti program dua tahun setengah ini perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan tiga kepujian dalam mana-mana subjek atau memiliki sijil dari politeknik, institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Tamat pengajian diploma, graduan berpeluang melanjutkan pengajian ke tahun dua di peringkat ijazah di Management & Science University (MSU) dengan memilih program pengajian berkaitan yang ditawarkan melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA).

Kolej PTPL juga menawarkan pelbagai program lain iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Perkhidmatan Makanan dan Pengurusan Restoran dan Diploma Pengurusan Hotel.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:01 AM