PELAJAR PTPL didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam bidang seni kulinari agar dapat menjadi profesional.
PELAJAR PTPL didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam bidang seni kulinari agar dapat menjadi profesional.
Oleh Ruhaiza Rusmin


Mungkin ramai masih tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan seni kulinari dan kepentingannya terhadap perkembangan industri hospitaliti dan pelancongan yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

Bidang ini terus mendapat permintaan tinggi berikutan secara purata seramai 24.6 juta pelancong datang ke Malaysia setiap tahun. Apatah lagi, Malaysia dilabel sebagai `syurga’ makanan oleh pelancong dari serata dunia berikutan mereka boleh merasai pelbagai makanan lazat di negara ini.

Seni kulinari membabitkan bidang masakan, penyediaan makanan, pastri atau kek dan banyak lagi yang berkaitan dengan aktiviti masakan. Sehubungan itu, kerjaya dalam bidang kulinari kini tidak lagi dipandang remeh, sebaliknya diiktiraf sebagai kerjaya profesional kerana memerlukan kreativiti dan komitmen tinggi.

Justeru, bagi melahirkan tenaga kerja yang menepati kriteria industri ini, Kolej PTPL menawarkan program Diploma Seni Kulinari menerusi Sekolah Hospitaliti & Seni Kulinari (SCA).

Kurikulum yang komprehensif diselaras bagi memastikan pelajar mahir dalam pelbagai aspek teknikal meliputi tatacara penyediaan, pengurusan dan penyelenggaraan makanan. Pelajar juga dilengkapi ilmu mengenai operasi dapur, pembangunan menu, penyediaan dan teknik persembahan makanan serta pengurusan makanan dan minuman.

Ia bakal melahirkan golongan profesional dalam bidang masakan seperti cef, pengusaha katering dan usahawan dalam bidang seni kulinari.

Kolej PTPL turut mempraktikkan konsep pembelajaran secara `hands on’ di mana pelajar berpeluang mengambil bahagian dan menyediakan sajian secara individu.

Setiap pelajar akan ddedahkan dengan teknik untuk meningkatkan kemahiran memasak secara profesional bagi menghasilkan graduan berkualiti, berdisiplin serta mampu bersaing di pasaran kerja.

Mereka yang berminat mengikuti program dua tahun setengah ini perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan lulus tiga kredit dalam mana-mana subjek atau sijil daripada politeknik, universiti awam atau awasta.

Menariknya, selepas tamat pengajian diploma, graduan berpeluang melanjutkan pengajian ke tahun dua peringkat ijazah di Management & Science University (MSU) dengan memilih program pengajian berkaitan yang ditawarkan melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA).

Selain program ini, Kolej PTPL juga menawarkan program lain iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Perkhidmatan Makanan dan Pengurusan Restoran dan Diploma Pengurusan Hotel.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2015 @ 10:28 AM