SENI Kulinari MSU College melengkapkan pelajar kemahiran dalam seni masakan serta pengetahuan dan keupayaan mengurus pengeluaran makanan secara profesional.
SENI Kulinari MSU College melengkapkan pelajar kemahiran dalam seni masakan serta pengetahuan dan keupayaan mengurus pengeluaran makanan secara profesional.
Suliati Asri

INDUSTRI hospitaliti dan pelancongan terus menyumbang kepada pertumbuhan sektor ekonomi negara dan turut memberi impak positif kepada segmen seni kulinari.

Selain itu, industri ini juga memerlukan tenaga kerja mahir dan dinamik bagi memastikan perkhidmatan berkualiti dan bertaraf lima bintang dapat disediakan.

Pengetahuan yang luas serta kemahiran tinggi juga amat penting untuk mendalami bidang masakan, sekali gus menjadikan bidang kulinari sebagai kerjaya profesional.

Selain diiktiraf, ia juga memerlukan kreativiti dan komitmen yang tinggi.

Justeru, bagi melahirkan tenaga kerja yang menepati kriteria industri, MSU College menawarkan program Diploma Seni Kulinari menerusi School of Hospitality, Education and Business Studies (SHB).

Program ini direka khusus untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dalam seni masakan serta pengetahuan dan keupayaan mengurus pengeluaran makanan secara profesional.

Menariknya, modul pembelajaran terkini diselaras dengan kehendak semasa industri bagi memastikan pelajar mahir dalam pelbagai aspek teknikal meliputi tatacara penyediaan, pengurusan dan penyelenggaraan makanan.

Turut dipraktikkan ialah konsep pembelajaran secara hands on, pelajar berpeluang mengambil bahagian dan cuba menyediakan sajian secara individu.

Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk mengikuti program selama dua tahun setengah ini perlu memenuhi kriteria ditetapkan iaitu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan tiga kepujian dalam mana-mana subjek atau memiliki sijil dari politeknik, universiti awam atau swasta.

Selepas tamat pengajian diploma pula, graduan berpeluang melanjutkan pengajian ke tahun dua di peringkat ijazah di Management & Science University (MSU) menerusi pindahan kredit dengan memilih program pengajian berkaitan yang ditawarkan melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 6:30 AM