PENGHUNI Rumah Anak-Anak Yatim Salamah ceria ketika menyertai aktiviti dianjurkan pelajar Kolej PTPL Kota Bharu.
PENGHUNI Rumah Anak-Anak Yatim Salamah ceria ketika menyertai aktiviti dianjurkan pelajar Kolej PTPL Kota Bharu.
myMetro

Kolej PTPL Kota Bharu menerusi Sekolah Sains Kesihatan menganjurkan program khidmat komuniti ‘A Thousand Smiles’ bersama penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Salamah di Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

Seramai 37 pelajar daripada pelbagai kursus pengajian terbabit dalam program yang memberi peluang kepada mereka berinteraksi dan menyelami kehidupan kira-kira 30 anak yatim yang menghuni rumah berkenaan.

Selain gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran, pelajar turut menghasilkan lukisan mural di dinding kantin.

Pengarah program Hafizi Amir Hussin berkata, aktiviti itu diharap mampu memberi sinar kegembiraan kepada anak yatim terbabit selain dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

“Mereka gembira dengan kehadiran kami. Wajah mereka cukup cekal dan bersemangat. Pembabitan dalam aktiviti sebegini berjaya mengeratkan hubungan, sekali gus berkongsi keceriaan antara satu sama lain.

“Ini sebahagian hasrat Kolej PTPL yang ingin memastikan graduan memiliki kriteria insan cemerlang akademik dan mempunyai keperibadian terpuji,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Jun 2016 @ 11:42 AM