PENGUNJUNG boleh luah ilham seni di booth Youthzibition dikendali Gen Y.
PENGUNJUNG boleh luah ilham seni di booth Youthzibition dikendali Gen Y.
PELBAGAI aktiviti menarik boleh dilakukan bersama Geng Rovers Harian Metro.
PELBAGAI aktiviti menarik boleh dilakukan bersama Geng Rovers Harian Metro.

Pelajar universiti dan kolej berpeluang menerokai potensi mereka melalui pertubuhan seperti YouthUnited.MY. Basyar Mustapha berkongsi informasi pertubuhan yang aktif dengan pelbagai program ini.

Apa itu YouthUnited.MY

YouthUnited.MY ditubuhkan pada 2014 dengan tujuan mewujudkan inspirasi serta meraikan belia. Pelbagai kemas kini mengenai program dan aktiviti boleh dilayari di www.youthunited.my.

Fungsi YouthUnited.MY

Fungsi di laman YouthUnited.MY yang memanfaatkan pelajar dari institusi pendidikan tinggi awam dan swasta:

1. Dapatkan berita kampus terhangat di bahagian 'Highlights' di laman YouthUnited.MY.

2. Cari kerja sambilan atau internship melalui bahagian 'Jobs' di laman YouthUnited.MY.†

3. Cari tawaran dan promosi khas untuk pelajar melalui laman kami, YouthUnited.MY†

4. Terbitkan hasil karya anda untuk dapatkan pendedahan dan publisiti.

5. Sertai program Yuffie Of The Week iaitu sesi temu duga dengan pelajar berjaya penuh inpirasi

6. Dapatkan tajaan untuk acara yang berlandaskan skop akademik†

YouthUnitedFest2014

l Youth United Festival 2014 adalah acara yang membabitkan, menginspirasikan dan meraikan belia dari aspek sukan, kerohanian, keinsanan, hiburan, kecerdasan dan kreativiti.

l Pelbagai acara dan aktiviti menarik untuk belia akan diadakan juga persembahan oleh artis remaja.

l Hadiah utama bernilai RM100 untuk dimenangi

l Acara kemuncak akan berlangsung pada Ahad, 14 Disember 2014, di tempat letak kereta awam Stadium Malawati, Shah Alam.

Cruiser Roadshow

l Menceriakan suasana di kampus dengan memberi hadiah percuma, mengadakan kuiz yang menyeronokkan dan menyebar maklumat berhubung MY danYouth United Festival 2014.

l 30 kampus popular seluruh negara akan dilawati dan diceriakan geng Cruiser Roadshow setiap Isnin hingga Khamis sepanjang November.

Youthzibition

l Gen Y dan Geng Rovers Harian Metro turut serta dan pelajar boleh menyertai Ejen Gen Y.

l Pelbagai aktiviti menarik dan boleh menang pelbagai hadiah menarik seperti baucer minuman dan pakaian jenama antarabangsa termasuk hadiah utama kamera polaroid

l Beli akhbar Harian Metro dan dapat hadiah lain selain promosi e-paper Harian Metro pada harga runtuh

l Sebarang idea kreatif dari pelajar dalam tujuh cabang iaitu rekaan grafik, keusahawanan, ukiran arca, fesyen, fotografi, seni lukisan dan ciptaan mekanikal boleh dibentang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:02 AM