ANTARA pelajar sekolah yang menghadiri KLwyse.
ANTARA pelajar sekolah yang menghadiri KLwyse.
ANTARA pelajar sekolah yang menghadiri KLwyse.
ANTARA pelajar sekolah yang menghadiri KLwyse.
ANTARA pelajar sekolah yang menghadiri KLwyse.
ANTARA pelajar sekolah yang menghadiri KLwyse.

Festival Youth United 2014 yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada Ahad ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Festival disokong jenama telefon bimbit Honor 6 itu dipenuhi aktiviti dan pengisian sesuai untuk belia dari pelbagai latar belakang.

Antaranya pertandingan futsal intervarsiti yang menyaksikan 32 pasukan beberapa kolej dan universiti tempatan berentap untuk memenangi hadiah berjumlah lebih RM100,000.

Perlawanan yang dikuasakan oleh Shell Advance Motorcycle Oils dan minuman Revive itu juga akan menyaksikan perlawanan persahabatan menampilkan selebriti tempatan antaranya Fahrin Ahmad, Roy Azman dan Azrul Zaidi.

Gerai berkonsep bazar yang menjadi kegemaran orang muda sekarang ini juga akan disediakan. Selain bazar dibuka oleh peniaga muda, beberapa selebriti tanah air seperti Intan Ladyana, Raja Farah dan Sharnaaz Ahmad juga akan membuka gerai jualan mereka di bahagian Bazar Selebriti.

Peminat muzik pula boleh menyaksikan pertandingan akhir Battle of the Bands yang memperlihatkan kumpulan yang berjaya mara ke peringkat final mempersembahkan bakat dan muzik mereka di atas pentas.

Pertandingan kugiran ini disokong E Studios Production dan kumpulan yang memenanginya akan membawa gelaran Youth Band Stage selain pelbagai hadiah lain.

Permainan komputer yang sebati dengan belia juga tidak dilupakan. Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam permainan komputer disediakan dan menyaksikan 100 siswa menunjukkan skil mereka bermain permainan Asphalt 8.

Juara permainan ini akan membawa pulang hadiah menarik seperti telefon pintar dan komputer tajaan Honor.

Bagi menambahkan lagi keterujaan, Proton akan mempersembahkan aksi drift dengan model kereta dan teknologi R3.

Bukan untuk berhibur semata-mata, Festival Youth United 2014 juga memberi peluang kepada belia menimba ilmu berguna dalam keusahawanan, kesihatan dan sebagainya melalui sesi perkongsian pengalaman dan informasi oleh selebriti, usahawan berjaya dan badan bukan kerajaan ( NGO).

Sisipan Gen Y Harian Metro sebagai akhbar rasmi juga akan turun padang dan terbabit dalam Youthzibition yang memberi peluang kepada orang muda menampilkan minat dan kebolehan hebat mereka dalam dunia fotografi, seni reka grafik, rekaan fesyen, ciptaan elektronik, lukisan dan sebagainya.

Pengunjung boleh menyokong finalis yang terpilih dengan idea masing-masing dengan mengundi mereka.

Tambah menarik lagi, festival ini akan menobatkan 10 siswa sebagai Honor's Campus Ambassador di kios Youth Icon.

Pelajar yang mempunyai keyakinan dan pencapaian juga sumbangan hebat dari setiap universiti yang terbabit akan dipilih orang ramai dan dinobatkan sebagai jurucakap kampus mereka untuk Youth United.

Pencinta makanan pula pasti seronok dengan pelbagai makanan barat dan tempatan dijual lebih 10 peniaga dengan trak makanan mereka yang tampil dengan keunikan tersendiri antaranya Burgergilerpower, The Pisang Cheese, Wheeloaf dan Nachos Region.

Konsert kemuncak akan menyaksikan persembahan kumpulan rock popular seperti Bunkface, Hyper Act dan Kyoto Protocol menghiburkan pengunjung.

Tiada caj masuk untuk menyertai karnival ini dan maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di www.youthunited.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 5:01 AM